![]() |
AHMAD SYAHRIZAN cuba mengelak gambarnya dirakam ketika di luar Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Terengganu semalam.
|
![]() |
SHAHIMA EDAYU keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah selepas membuat permohonan pengesahan akad nikah di Kuala Terengganu semalam.
|
KUALA TERENGGANU - Status perkahwinan seorang penyanyi dikir barat dan pasangannya yang membuat surat nikah sendiri akan ditentukan Mahkamah Tinggi Syariah esok.
Hakim, Shaikh Ahmad Ismail menetapkan demikian selepas mendengar keterangan pasangan itu, Shahima Edayu Mohd. Alwi, 18, dan Ahmad Syahrizan Yusof, 29, serta tiga orang saksi pada perbicaraan semalam.
Pasangan itu sebelum ini dinikahkan di rumah sewa Ahmad Syahrizan yang juga Pembantu Kesihatan Awam di Kampung Pengkalan Pandan, Bukit Mentok, Kemaman pada 14 Januari lalu.
Pada perbicaraan tersebut, Shahima Edayu yang sudah merakamkan 20 album dikir barat memberitahu, perkahwinan itu dijalankan sendiri bapanya selepas dua minggu dia menyatakan hasrat bernikah dengan Ahmad Syahrizan.
Menurutnya, Ahmad Syahrizan menyediakan surat nikah yang direka sendiri sebelum ditandatangani ketika akad nikah berlangsung.
Post a Comment