Mat Glamour (kiri) dan Zaidi berbincang mengenai lagu ketika menjalani rakaman untuk album The Red Warrior Kelate Juara di K-Seventh Studio.
PASIR PUTEH - Album dikir barat ‘The Red Warrior Kelate Juara’ menyemarakkan sokongan penyokong kepada pasukan Kelantan yang kini menuju final Piala Malaysia 2012.
Gabungan semula Mat Glamour dan Zaidi Buluh Perindu dalam album baru itu mendapat perhatian kerana ia mengingatkan peminat seni negeri ini kepada lagu-lagu popular mereka seperti lagu Anak Ramai, Jemput Pise dan Tongkat Ali.
Kali ini mereka menghasilkan album khas sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan TRW.
Mat Glamour berkata, beliau berpuas hati dengan kualiti lagu dan lirik dalam album tersebut dan menganggap ianya bukan sahaja perlu dimiliki peminat dikir barat, malah oleh seluruh peminat bola sepak Kelantan.
“Bagi mereka yang meminati irama segar, saya rasa inilah khazanah yang boleh dijadikan sebagai koleksi kesayangan apatah lagi album ini menampilkan kembali kekuatan saya dan Zaidi selepas sekian lama sibuk dengan urusan masing-masing dalam bidang seni,” katanya.
Bagi Zaidi pula, duet bersama Mat Glamour tidak pernah mengecewakan termasuk untuk lagu Kelate Juara dan Kelate Jaguh dalam album terbaharu yang sudah berada di pasaran itu.
“Saya optimis album The Red Warrior Kelate Juara ini mendapat sambutan dan saya juga berbangga kerana secara tidak langsung saya menyumbangkan sokongan dengan cara tersendiri,” katanya.
Lagu lain-lain yang dimuatkan dalam album tersebut ialah Sejarah Bola Kelate nyanyian Mail Anak Kala, Laungan Peminat (Fadil Turbo), Pahlawan Merah (Ezeri Layang Puteh), Kelate Loni (Mat Glamour) dan Insya Allah Kelate Berjaya (Zaidi).

Post a Comment