javascript:void(0)
PERHATIAN!!! SILA DAPATKAN VCD ATAU CD YANG ORIGINAL!!! BLOG YANG MENGANDUNGI BERITA TENTANG DIKIR BARAT, VIDEO KLIP DIKIR BARAT DAN JUGA LAGU-LAGU DIKIR BARAT

Wednesday, September 28, 2011

Saya bukan cemar dikir barat

Posted by MOKA on 12:52 AM



KOTA BHARU: “Saya bukan perosak dikir barat Kelantan,” kata penyanyi dikir barat moden sensasi Kelantan, Adik Wani, 21 yang buat pertama kali ‘membuka mulut’ berhubung pelbagai cemuhan dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini.

Adik Wani atau nama sebenar, Azmahirwani Nordin, 21, cukup dikenali di Kelantan menerusi album dikir barat moden terutama album siri ‘Jaguh’ yang menampilkan imej seksi penyanyi itu.


Menurut Adik Wani, dia mengakui banyak menerima kritikan yang mengatakan dia artis murahan dan mencari publisiti dengan imej seksi.

Katanya, dia dikatakan mencemar seni dikir barat Kelantan gara-gara lagu yang dinyanyikan dan penampilannya.


“Saya tidak berniat untuk mencemarkan nama baik dikir barat di negeri ini. Mungkin ada yang salah faham bahawa dikir moden tiada kaitan dengan dikir barat asli kerana dikir moden lebih kepada nyanyian versi loghat Kelantan yang disadur dengan pelbagai irama seperti pop.


“Mengenai imej seksi, saya mohon maaf andai penampilan saya itu keterlaluan,” katanya yang berasal dari Kampung Kelaburan, Tumpat.

Adik Wani berkata, dia mahu berubah dengan tidak lagi memilih imej seksi.


“Saya tidak mahu dikenali sebagai artis murahan dan cuba berubah demi kebaikan diri sendiri serta industri muzik negeri ini.

“Terima kasih atas segala teguran dan kritikan yang diberikan sebelum ini,” katanya.


Adik Wani mula terbabit dalam industri muzik di Kelantan sejak berusia 13 tahun dan sehingga kini sudah menghasilkan lebih 20 album.


Terbaru, dia muncul dengan album baru berjudul ‘Tokseh Karpet’ keluaran Etnik Production yang turut menampilkan artis seperti Man Khan, Rosalinda, Jemie Intan Berlian, Aris Kapilla, Yoe T.M dan penyanyi baru, Ayu Baby.


Sebelum ini, industri muzik di Kelantan turut dihangatkan dengan kontroversi membabitkan penyanyi dikir barat moden berentak Bollywood, Kajol.


Hanya dalam tempoh tiga bulan, Kajol mencetuskan pelbagai kontroversi, bermula pada 15 April lalu, apabila ditahan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai ketika mengadakan persembahan di sebuah tapak ekspo di Tanah Merah.


Selepas itu, Kajol membuat pengakuan rela mati daripada berubah menjadi lelaki sejati sebelum dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda selepas mengaku salah terhadap pertuduhan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai ketika dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, 21 Jun lalu.


Bagaimanapun, hukuman itu ditangguhkan selepas Kajol merayu semua hukuman dijatuhkan ke atasnya dikemukakan semula kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk dibicarakan semula pada prosiding akan datang.

http://www.hmetro.com.my/articles/2011091702522720110917025227/Article/

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN: Suaramuda tidak bertanggungjawab langsung terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
  • Facebook
  • Twitter

Search Site

 
  • Rebana Ibu

    Alat-alat dikir barat

  • Rebana Anak

    Kesi

  • Gong

    Tamborin

  • Canang

    Marakas