• GAMBAR 1-Otai pendikir kelantan

    Ada yang masih ada dan ada juga yang telah tiada. Al-fatihah kepada mereka yang telah tiada

  • GAMBAR-2-PAHLAWAN TERBILANG

    Persembahan dikir barat dalam istana kubang kerian pada tahun 1990, semua segak-segak dan lawa-lawa

  • GAMBAR-3-Dollah Anak Singa

    Antara album yang meletup semasa waktu dahulu

  • GAMBAR-4-Pok Nik Lah, Mail Gunung Ganang, Megat Nordn

    Gambar diambil semasa rakaman album dikir nasyid namun tidak dapat diterbitkan setelah kematian Mail Gunung Ganang

  • GAMBAR-5-Basa Diwana

    Gambar diambil semasa persembahan di perkampungan budaya di Dataran Merdeka pada 2009 pimpinan Asrul Faizal@Mafaka

  • DOWNLOAD MP3 DIKIR BARAT TERKINI DAN DULU

    Satu pembaharuan yang telah dilakukan untuk memastikan blog suaramuda terus segar dan ceria dengan penambahbaikan serta memberi bonus kepada pengunjung untuk mendownload lagu-lagu dikir barat terkini dan dulu-dulu

javascript:void(0)
PERHATIAN!!! SILA DAPATKAN VCD ATAU CD YANG ORIGINAL!!! BLOG YANG MENGANDUNGI BERITA TENTANG DIKIR BARAT, VIDEO KLIP DIKIR BARAT DAN JUGA LAGU-LAGU DIKIR BARAT

Thursday, February 23, 2012

Menanti ledakan muzik Kelantan

Posted by MOKA on 11:51 AM

SAMA ada sedar atau tidak, industri muzik tempatan bukan hanya dimeriahkan artis menerusi syarikat rakaman di Kuala Lumpur, tetapi negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga juga meriah dengan industri muziknya sendiri.

Nama seperti Adik Wani, Rosalinda, Zaidi Buluh Perindu, Halim Yazid, Kajol, Fendi Kenali, Megat Nordin, Mail Anak Kala, Cikgu Sulizi, Man Khan, Jemie Intan Berlian, Aris Kapilla, Mat Glamour, dan Jen Endoro (sekadar menyebut beberapa nama) cukup sinonim dengan masyarakat Kelantan.


Tidak kira sama ada mereka penyanyi dikir barat asli, moden dan penyanyi lagu loghat daerah yang disadur dengan pelbagai irama seperti pop, kemunculan mereka menghidupkan industri muzik di Kelantan.

Jika hendak melihat kemeriahan industri muzik di Kelantan, pasar Wakaf Che Yeh antara lokasi penjualan album artis berkenaan. Di laman web YouTube juga ‘bersepah’ klip video mereka.


Uniknya, lagu dihasilkan adalah ciptaan sendiri dan kebanyakannya menghasilkan album penuh dan bukan ‘single’ semata-mata. Boleh dikatakan, setiap lagu dihasilkan mempunyai klip video, malah ada versi untuk karaoke.


Artis di Kelantan turut disokong syarikat rakaman khusus untuk industri muzik di Kelantan yang menyempurnakan penjualan album mereka, tetapi hanya terhad di kawasan Pantai Timur.

Kemunculan album artis Kelantan juga boleh dibanggakan. Zaidi Buluh Perindu misalnya sehingga kini mempunyai lebih 40 album, manakala Kajol sudah menghasilkan lebih 25 album dan mempunyai pengurusnya sendiri.


Tidak keterlaluan dikatakan, industri muzik di Kelantan mempunyai pakej lengkap yang boleh diketengahkan di arus perdana muzik tempatan, tetapi sehingga kini tidak nampak usaha ke arah itu.

Justeru, tidak hairan ‘permata’ industri muzik di Kelantan yang mempunyai peluang bersaing di industri muzik arus perdana terus diketepikan dan hanya mampu menjadi ‘jaguh kampung’.


Seperti muzik ‘indie’ yang satu ketika dulu perlahan, tetapi kini umpama ledakan bom atom, industri muzik di Kelantan juga mampu meledak jika kena pada masa dan caranya.


Bak kata pengurus salah satu syarikat rakaman dan pengedar album tersohor di Kelantan, Sand Stream, salah satu album yang diterbitkan, iaitu siri ‘Jaguh’ sudah masuk siri ke-11 dan terus mendapat sambutan.


Beliau yang terkenal dengan panggilan ‘Abe Fandi’ berkata, sejak ditubuhkan sekitar 1997, syarikatnya sudah menghasilkan ratusan album dengan purata jualan sebanyak 10,000 hingga 15,000 unit untuk setiap album dihasilkan.


“Kami aktif menghasilkan album artis Kelantan. Bukan setakat menghasilkan album, tetapi pada masa sama turut mengedarkan album artis Kelantan yang bernaung di bawah syarikat rakaman lain.


“Bagaimanapun, album yang dihasilkan hanya mampu dipasarkan di Pantai Timur dan beberapa negeri lain kerana keupayaan terbatas,” katanya.


Berdasarkan pengalaman beliau, jelas ada sinar untuk industri muzik di Kelantan diselitkan di arus perdana muzik tempatan.


Orang lama industri muzik di Kelantan, Zaidi Buluh Perindu atau nama sebenar Zaidi Muhamad, 42, yakin jika ada pihak tertentu bersungguh-sungguh berbuat sesuatu, tidak mustahil industri muzik di Kelantan keluar daripada kepompongnya.


Zaidi berkata, walaupun edaran albumnya terhad, beliau mempunyai peminat di beberapa negeri seperti Kedah, iaitu nun jauh di Langkawi.


Ia membuktikan industri muzik Kelantan diterima orang luar dan satu usaha untuk memperluaskannya perlu dilakukan.


Jika tidak, artis Kelantan akan terus dianaktirikan walhal, mereka ada keistimewaan tersendiri yang wajar dihargai.


Seperti kata Zaidi, walaupun berpuluh tahun mencipta nama, layanan diterima bagaikan dia sekadar artis di pinggiran.


Pernah katanya, dia hanya dibayar RM500 untuk satu persembahan, sedangkan artis arus perdana yang membuat persembahan bersamanya dibayar puluhan ribu ringgit.


Pernah juga beliau ditawarkan menjadi pengetua untuk sebuah rancangan realiti televisyen berkaitan dikir barat tetapi ditawarkan dengan bayaran hanya RM4,000.


Malah, sehingga hari ini, walaupun mampu bertindak menarik perhatian penonton, soal bayaran ketika mengadakan persembahan kerap mengecewakannya.


“Bukan saya ‘demand’, tetapi berpada-padalah. Saya yakin nasib saya dan artis Kelantan lain sama.


“Sudah sampai masanya golongan seperti kami dihargai dengan penilaian yang sepatutnya,” katanya.


Pemain industri muzik tempatan arus perdana yang sering dikatakan muram boleh cuba melihat industri muzik di Kelantan.


Kita sering melihat, kedai makanan menyediakan makanan Kelantan, terutama di Lembah Klang, sering menjadi sebutan, begitu juga pasukan bola sepak Kelantan yang terkenal dengan jolokan Red Warriors cukup popular ketika ini.


Tidak salah untuk mencuba mengarusperdanakan industri muzik di Kelantan. Mungkin sebagai permulaan, boleh mencuba menggabungkan artis popular kelahiran Kelantan seperti Misha Omar dan artis baru, Qalisya Ray dengan nama besar artis dalam industri muzik di Kelantan.


Gabungkan kreativiti pemain industri muzik arus perdana dengan pemain industri muzik di Kelantan. Harus diingat jutaan rakyat Kelantan ada di mana-mana, malah yang bergelar ahli perniagaan berjaya besar jumlahnya.


Cuba segala macam cara untuk melihat hasilnya. Lebih baik mencuba daripada tidak berbuat apa-apa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN: Suaramuda tidak bertanggungjawab langsung terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
  • Facebook
  • Twitter

Search Site

 
  • Rebana Ibu

    Alat-alat dikir barat

  • Rebana Anak

    Kesi

  • Gong

    Tamborin

  • Canang

    Marakas