javascript:void(0)
PERHATIAN!!! SILA DAPATKAN VCD ATAU CD YANG ORIGINAL!!! BLOG YANG MENGANDUNGI BERITA TENTANG DIKIR BARAT, VIDEO KLIP DIKIR BARAT DAN JUGA LAGU-LAGU DIKIR BARAT

Saturday, October 13, 2012

Dikir Anak Pendita Kolej Komuniti Jempol juara dikir barat Festkom

Posted by Suaramuda on 4:42 PM



AHLI kumpulan Dikir Anak Pendita gembira selepas dinobatkan sebagai juara bagi kategori dikir barat 1Malaysia pada Festival 1 Malaysia Kolej Komuniti (Festkom) yang diadakan di Kolej Komuniti Bandar Penawar Johor, baru-baru ini.


JEMPOL 26 Julai - Kolej Komuniti Jempol muncul juara Dikir Barat 1Malaysia, menerusi pertandingan Festival 1Malaysia Kolej Komuniti (Festkom), yang diadakan di Kolej Komuniti Bandar Penawar, Johor, baru-baru ini.
Penyelaras Kelab Kesenian Kebudayaannya, Nur Yasmin Yaaman berkata, ini merupakan kali pertama kelab mereka menyertai pertandingan di luar kolej.
Katanya, walaupun hanya melakukan persiapan selama tiga hari sahaja, namun komitmen yang ditunjukkan ahli kelab ini cukup membanggakan sehingga pasukan dikir barat berjaya mendapat tempat pertama.
''Walaupun ramai di antara ahli terdiri daripada pelajar yang mengikuti latihan praktikal di luar namun usaha kami tidak sia-sia apabila berjaya menghantar wakil sekali gus bergelar juara," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Sementara itu, ketua kumpulan tersebut yang dikenali Kumpulan Dikir Anak Pendita, Hafizullah Mohammad, 19, bersyukur dengan kejayaan yang tidak disangka-sangka itu.
''Semuanya kami lakukan di saat terakhir, mencari ahli dan menubuhkan kumpulan ini. Berbekalkan bantuan tenaga pengajar dan pengalaman yang saya perolehi ketika menyertai dikit barat di sekolah dahulu, saya dapat membantu rakan yang lain.
''Kami bersama-sama belajar gerak tari dan mencipta lagu, lirik dan muzik. Semuanya berjalan lancar apabila kami mempunyai semangat kerjasama yang kuat," ujarnya yang memainkan peranan sebagai Tok Juara.
Sementara itu awak-awak kumpulan tersebut, Suhaila Khabollah, 20, mengakui perasaan gemuruh timbul apabila ingin membuat persembahan di khalayak ramai.
''Bagi menghilangkan perasaan tersebut, kami membuat persembahan terbuka di pantai. Apabila beraksi di hadapan pengunjung, perasaan takut mula hilang.
''Persaingan juga begitu sengit namun saya bersyukur apabila kami diumumkan sebagai juara,'' katanya.
Selain pertandingan dikir barat, Festkom juga mencungkil bakat pelatih dalam kategori berkumpulan, nyanyian solo irama Malaysia dan tarian 1Malaysia.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN: Suaramuda tidak bertanggungjawab langsung terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
  • Facebook
  • Twitter

Search Site

 
  • Rebana Ibu

    Alat-alat dikir barat

  • Rebana Anak

    Kesi

  • Gong

    Tamborin

  • Canang

    Marakas