javascript:void(0)
PERHATIAN!!! SILA DAPATKAN VCD ATAU CD YANG ORIGINAL!!! BLOG YANG MENGANDUNGI BERITA TENTANG DIKIR BARAT, VIDEO KLIP DIKIR BARAT DAN JUGA LAGU-LAGU DIKIR BARAT

Saturday, October 13, 2012

Mahasiswa pejuang 'seni kampung'

Posted by Suaramuda on 4:14 PM



HALIM (kiri) ketika menyertai Bengkel Kebudayaan Tradisional di Filipina.


APABILA menyebut nama Halim Yazid, pasti ramai yang tidak mengenalinya. Tetapi, kalau didendangkan bait lagu rakyat gubahannya yang bertajuk Tupai, pasti ramai yang akan teruja.
Pemilik figura kecil molek yang merupakan pegawai kebudayaan dan tenaga pengajar di Universiti Malaya (UM) ini menjelaskan bahawa seni dikir barat telah serasi dalam dirinya sejak zaman remaja lagi.
Namun, lelaki yang kini meniti usia 49 tahun itu berkata, bukan mudah untuk menjadi pelopor kepada seni dikir kontemporari. Banyak halangan dan rintangan perlu diharungi sebelum muncul kejayaan. Demikian menurut anak kelahiran Pasir Puteh, Kelantan ini ketika ditemui GenK di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menceritakan mengenai perkembangan dikir barat, Halim memberitahu, pada tahun 70-an dan 80-an, dikir barat tidak mempunyai reputasi sebaik kini.
Ini kerana, katanya, dikir barat merupakan seni rakyat yang hanya dimainkan di kampung-kampung. Golongan elit dan terpelajar menganggap seni dikir ini sebagai seni kampung.
"Ketika saya mula bergiat dalam dikir barat, ramai tidak bersetuju kerana mereka mempertikaikan status saya sebagai seorang yang berpelajaran tinggi tetapi menceburi bidang 'seni kampung.'
"Ramai menganggap seni itu rendah martabatnya. Tetapi jiwa saya terlalu dekat dan sebati dengan dikir barat dan saya berusaha menukar persepsi orang ramai," katanya yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Penulisan Kreatif dan Deskriptif dari UM.
Pada masa dahulu, dikir barat merupakan seni yang banyak dimanipulasi untuk menyampaikan mesej tertentu tetapi banyak menyelitkan unsur-unsur lucah dan penghinaan kepada wanita.
Mungkin kerana itu, golongan elit dan berpelajaran tidak begitu menggemari persembahan dikir barat pada waktu itu berbanding sekarang setelah persembahan dikir barat mengalami transformasi.
Halim cuba mengubah persepsi masyarakat dengan menggubah sendiri lagu-lagu dikir barat yang dipenuhi dengan pelbagai mesej berguna tanpa ada unsur-unsur yang boleh mengganggu sensitiviti penonton.
Dia banyak menggunakan kisah hidup sendiri sebagai idea dalam penghasilan lagu-lagu dikir baratnya.
Bercerita mengenai kisah hidupnya, lagu Bangkit Asal 1 dan 2, menceritakan mengenai kisah hidupnya dari zaman kanak-kanak hingga dewasa.

DIKIR barat telah membawa Halim ke merata dunia.


"Ramai peminat saya memberi maklum balas bahawa mereka sedih bila mendengar lagu itu dan ada juga yang menangis apabila mendengarnya.
"Saya berasal dari keluarga yang susah dan merupakan anak sulung daripada tujuh adik-beradik," katanya memulakan bicara tentang kisah hidupnya.
Menurut Halim, dia sangat bertuah kerana mempunyai bapa yang mementingkan pendidikan kepada anak-anaknya. Bapanya berusaha memberinya pendidikan yang mencukupi sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.
Katanya, bapanya juga terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan untuk menambah rezeki bagi menampung perbelanjaan keluarga.
"Bapa pernah melakukan pelbagai pekerjaan. Seingat saya, bapa pernah mengambil upah membanting padi di Kedah, menoreh getah di Narathiwat, Thailand, dan juga menjadi buruh membuat jalan raya.
"Kami terlalu susah sehinggakan, kadang-kadang bapa tidak mampu membayar yuran sekolah saya. Tetapi, bapa tetap berusaha untuk menyediakan semua keperluan sekolah anak-anak," katanya.
Cerita Halim lagi, dia pernah terpaksa turun dari bas sekolah kerana malu dengan kawan-kawan dan pemandu bas ekoran tidak mampu membayar tambang bas sekolah.
"Masa sekolah dulu, saya tidak dapat menyertai aktiviti kokurikulum pada waktu petang kerana tidak mampu membeli seluar sukan.
"Kesusahan itu bagaimanapun berjaya saya rentasi sehingga memiliki segulung ijazah. Mesej itu saya cuba sampaikan dalam lagu-lagu dikir barat saya," katanya.
Ketika diterima untuk melanjutkan pelajaran di UM, Halim memberitahu yang dia tidak bernasib baik kerana tidak mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
"Ketika saya belajar di UM, hanya ada tiga jenis pembiayaan iaitu biasiswa JPA, biasiswa Kementerian Pendidikan (Perguruan) dan pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara).
"Saya tidak mempunyai sesiapa untuk merujuk perkara itu. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk mengambil biasiswa Kementerian Pendidikan walaupun saya tidak berminat untuk menjadi seorang guru," katanya.
Apabila tamat pengajian dan oleh kerana tidak mahu menjadi guru, Halim dikehendaki membayar balik biasiswa tersebut sebanyak RM50,000.
Halim Yazid


Bagaimanapun, dia telah membuat rayuan pelepasan daripada dikenakan pembayaran balik dan berjaya. Tetapi, sebelum itu, Halim telah melangsaikan sejumlah pinjaman iaitu sebanyak RM15,000.
"Selepas tamat pengajian pada tahun 1984, saya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan ketika itu, saya aktif menyertai persatuan-persatuan seni sekitar Kuala Lumpur.
"Saya juga pernah menghuni di Anak Alam bersama Pyan Habib dan ketika itu saya rajin menulis sajak, cerpen dan juga rencana. Saya juga mendapat bantuan dan nasihat daripada Sasterawan Negara A.Samad Said ketika itu," ujarnya.
Pada tahun 1986, Halim diterima menyandang jawatan Pegawai Kebudayaan di UM dan pada masa itu, dia semakin aktif dalam kegiatan dikir barat.
"Orang ramai memandang rendah penglibatan saya dalam memperjuangkan seni dikir barat. Tetapi, kerana dikir baratlah, saya mengenali ramai orang-orang ternama termasuk menteri.
"Dikir barat adalah medium penting bagi penyampaian mesej secara tidak langsung. Itu adalah misi saya dalam memperjuangkan seni rakyat ini. Saya mahu zaman gelap dikir barat berakhir, dan biarlah transformasi yang berlaku adalah sesuatu yang baik," katanya.
Halim mengakui, dikir barat kini sangat popular bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Kelantan, malah boleh dikatakan, semua sekolah rendah dan menengah termasuk sekolah di Sabah mempunyai kumpulan dikir barat sendiri. Itu adalah sesuatu yang membanggakan bagi dirinya dan juga pejuang seni dikir barat.
Ia bagai menggambarkan bahawa dikir barat kini sudah diterima oleh semua golongan masyaraka

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN: Suaramuda tidak bertanggungjawab langsung terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
  • Facebook
  • Twitter

Search Site

 
  • Rebana Ibu

    Alat-alat dikir barat

  • Rebana Anak

    Kesi

  • Gong

    Tamborin

  • Canang

    Marakas