javascript:void(0)
PERHATIAN!!! SILA DAPATKAN VCD ATAU CD YANG ORIGINAL!!! BLOG YANG MENGANDUNGI BERITA TENTANG DIKIR BARAT, VIDEO KLIP DIKIR BARAT DAN JUGA LAGU-LAGU DIKIR BARAT

Saturday, October 13, 2012

PM ajak rakyat Kelantan bangkit

Posted by Suaramuda on 4:27 PM



NAJIB (barisan belakang, tengah) sama-sama berdikir barat ketika hadir merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia di Gua Musang semalam.


GUA MUSANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat Kelantan bangkit dalam satu barisan untuk melakukan perubahan besar terhadap kehidupan dan pembangunan di negeri itu.
Beliau berkata, rakyat Kelantan harus memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk melakukan perubahan tersebut kerana selama ini negeri itu jauh ketinggalan.
"Insya-Allah, beri peluang kepada Barisan Nasional, kita akan buat perubahan besar, masalah bekalan air bersih boleh selesai dan banyak lagi masalah boleh kita selesaikan termasuk permintaan mewujudkan lebuh raya," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di sini semalam.
Najib berkata, semangat mahukan perubahan yang besar itu harus bermula daripada sekarang, termasuk mereka yang memakai baju warna merah yang sinonim dengan semangat 'gelombang merah' yang dicetuskan UMNO Kelantan untuk merampas negeri tersebut daripada pentadbiran Pas.
"Daripada perhimpunan seperti ini, kita akan mara ke depan, kita tahu tidak mudah tetapi saya setuju dengan dikir barat tadi, cuba try test sepenggal, saya yakin perubahan besar akan berlaku," katanya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN: Suaramuda tidak bertanggungjawab langsung terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
  • Facebook
  • Twitter

Search Site

 
  • Rebana Ibu

    Alat-alat dikir barat

  • Rebana Anak

    Kesi

  • Gong

    Tamborin

  • Canang

    Marakas