PASUKAN dikir barat Skuad Sayang Kelantan sedang membuat persembahan di tapak pasar tani, Kampung Ayer Lanas di Jeli baru-baru ini.
DIKIR WANITA. Penduduk daerah ini julung-julung kalinya dihiburkan dengan persembahan dikir barat wanita yang berlangsung di tapak pasar tani, Kampung Ayer Lanas, Jeli, Kelantan baru-baru ini.
Dikir barat tersebut dipersembahkan oleh pasukan Skuad Sayang Kelantan pada majlis Hari Keluarga Amanah Ikhtiar Blok 2 Cawangan Jeli.
Walaupun pada majlis tersebut turut menampilkan persembahan kumpulan dikir barat lelaki, namun kemunculan 20 ahli dikir barat wanita itu yang mendendang lagu berunsur nasihat tetap mempunyai tarikan tersendiri.
Seorang penduduk, Zanariah Derkman, 40, berasa gembira dengan perkembangan itu yang tidak meminggirkan penglibatan wanita dalam dikir barat.
"Jika sebelum ini, saya tidak pernah berkunjung ke majlis persembahan dikir barat kerana hanya melibatkan kaum lelaki tetapi kali ini saya tidak mahu melepaskan peluang menonton persembahan kumpulan dikir perempuan," katanya.
Post a Comment