-
GAMBAR 1-Otai pendikir kelantan
Ada yang masih ada dan ada juga yang telah tiada. Al-fatihah kepada mereka yang telah tiada
-
GAMBAR-2-PAHLAWAN TERBILANG
Persembahan dikir barat dalam istana kubang kerian pada tahun 1990, semua segak-segak dan lawa-lawa
-
GAMBAR-3-Dollah Anak Singa
Antara album yang meletup semasa waktu dahulu
-
GAMBAR-4-Pok Nik Lah, Mail Gunung Ganang, Megat Nordn
Gambar diambil semasa rakaman album dikir nasyid namun tidak dapat diterbitkan setelah kematian Mail Gunung Ganang
-
GAMBAR-5-Basa Diwana
Gambar diambil semasa persembahan di perkampungan budaya di Dataran Merdeka pada 2009 pimpinan Asrul Faizal@Mafaka
-
DOWNLOAD MP3 DIKIR BARAT TERKINI DAN DULU
Satu pembaharuan yang telah dilakukan untuk memastikan blog suaramuda terus segar dan ceria dengan penambahbaikan serta memberi bonus kepada pengunjung untuk mendownload lagu-lagu dikir barat terkini dan dulu-dulu
Monday, December 31, 2012
Saturday, October 13, 2012
Dikir Anak Pendita Kolej Komuniti Jempol juara dikir barat Festkom
Posted by Suaramuda on 4:42 PM
JEMPOL 26 Julai - Kolej Komuniti Jempol muncul juara Dikir Barat 1Malaysia, menerusi pertandingan Festival 1Malaysia Kolej Komuniti (Festkom), yang diadakan di Kolej Komuniti Bandar Penawar, Johor, baru-baru ini.
Penyelaras Kelab Kesenian Kebudayaannya, Nur Yasmin Yaaman berkata, ini merupakan kali pertama kelab mereka menyertai pertandingan di luar kolej.
Katanya, walaupun hanya melakukan persiapan selama tiga hari sahaja, namun komitmen yang ditunjukkan ahli kelab ini cukup membanggakan sehingga pasukan dikir barat berjaya mendapat tempat pertama.
''Walaupun ramai di antara ahli terdiri daripada pelajar yang mengikuti latihan praktikal di luar namun usaha kami tidak sia-sia apabila berjaya menghantar wakil sekali gus bergelar juara," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Sementara itu, ketua kumpulan tersebut yang dikenali Kumpulan Dikir Anak Pendita, Hafizullah Mohammad, 19, bersyukur dengan kejayaan yang tidak disangka-sangka itu.
''Semuanya kami lakukan di saat terakhir, mencari ahli dan menubuhkan kumpulan ini. Berbekalkan bantuan tenaga pengajar dan pengalaman yang saya perolehi ketika menyertai dikit barat di sekolah dahulu, saya dapat membantu rakan yang lain.
''Kami bersama-sama belajar gerak tari dan mencipta lagu, lirik dan muzik. Semuanya berjalan lancar apabila kami mempunyai semangat kerjasama yang kuat," ujarnya yang memainkan peranan sebagai Tok Juara.
Sementara itu awak-awak kumpulan tersebut, Suhaila Khabollah, 20, mengakui perasaan gemuruh timbul apabila ingin membuat persembahan di khalayak ramai.
''Bagi menghilangkan perasaan tersebut, kami membuat persembahan terbuka di pantai. Apabila beraksi di hadapan pengunjung, perasaan takut mula hilang.
''Persaingan juga begitu sengit namun saya bersyukur apabila kami diumumkan sebagai juara,'' katanya.
Selain pertandingan dikir barat, Festkom juga mencungkil bakat pelatih dalam kategori berkumpulan, nyanyian solo irama Malaysia dan tarian 1Malaysia.
Kuasai seni persembahan tradisional
Posted by Suaramuda on 4:38 PM
7 Jun 2012
Masihkah anda ingat dengan watak Jaha daripada fi lem Budak Kelantan? Filem yang popular sekitar 2005 itu menyaksikan watak Jaha yang dilakonkan Mohd Asrul Faizal Kamaruzaman dihayati begitu baik sekali.
Walaupun belum pernah berlakon filem mahupun drama sebelum ini, namun Mohd Asrul mampu melakukannya sehingga ramai saudara-mara dan kenalan rapat terkejut dengan bakat terpendamnya itu.
Ketika penulis bertanyakan adakah jiwa dan minatnya itu terarah pada lakonan, Mohd Asrul dengan pantas mengatakan apa sahaja yang berkaitan dengan bidang seni, dia sememangnya teruja malah bidang seni seolah-olah ‘nyawa’ buat dirinya.
Namun kata anak kelahiran Kelantan itu, bidang seni lakon bukanlah minat utamanya walaupun dia pernah bergiat aktif dalam beberapa buah teater moden dan tradisional.
“Minat utama saya lebih terarah kepada seni persembahan tradisional seperti persembahan dikir barat, mak yong, seni silat tari dan beberapa persembahan tradisional yang lain.
“Mungkin disebabkan saya datang daripada keluarga berdarah seni (aktif seni silat dan mak yong), maka secara tidak langsung darah yang mengalir dalam badan saya pun adalah darah seni,” katanya.
Lulusan Sarjana Muda Seni Persembahan-Drama dari Universiti Malaya (UM) memberitahu, dirinya amat meminati seni persembahan tradisional sejak zaman kanak-kanak lagi.
Ceritanya, ketika tinggal di kampung banyak gelanggang silat ditubuhkan. Gelanggang berkenaan digunakan untuk mengajar muzik silat dan seni silat tari.
Pada masa itu juga meriah dengan persembahan dikir barat, mak yong dan juga main teri.
“Saya sering kali ke sana untuk melihat dan mengikuti apa yang mereka lakukan.
Hari demi hari aktiviti seni seperti itu meresap dalam diri.
“Ibu bapa pula tidak pernah menghalang rutin harian saya itu. Pesan mereka, jika apa yang dilakukan tidak mengganggu pembelajaran di sekolah, mereka akan terus menyokong 100 peratus,” ujarnya.
Bermain alat muzik
MOHD Asrul berkata, ketika di Sekolah Rendah Chicha Tinggi, Pasir Mas, Kelantan, dia sangat aktif dalam persembahan dikir barat, muzik silat dan sketsa.
Pantang ada pertandingan atau program membabitkan seni tradisional dia akan pastikan nama tersenarai dalam program berkenaan.
Ekoran minatnya dalam seni persembahan tradisional, Mohd Asrul semakin aktif membabitkan diri dalam bidang berkenaan ketika melangkah ke sekolah menengah.
“Walau aktif dalam seni, saya tetap tidak melupakan pelajaran kerana keluarga sering ingatkan sejauh mana seriusnya dalam bidang disukai tetapi jika gagal dalam pelajaran, hidupnya pasti tidak bermakna kelak,” katanya.
Dalam seni persembahan tradisional Mohd Asrul lebih meminati persembahan mak yong.
Katanya, dia mula belajar secara serius setelah berjumpa dengan seorang daripada tokoh mak yong iaitu Che Mat Jusoh.
“Beliau mempunyai kepakaran yang pelbagai dalam bidang mak yong terutamanya muzik mak yong. Beliau juga banyak membantu saya dalam memberi kefahaman berkenaan dengan cara nyanyian mak yong.
“Beliau juga mengingatkan pada saya bahawa cara nyanyian mak yong adalah tidak sama dengan nyanyian lagu moden.
Temponya agak berlainan dengan tempo lagu moden,” katanya.
Tambah jejaka ini, seseorang penyanyi mak yong perlu tahu bermain alat muzik mak yong agar mereka dapat menyanyi dengan betul dan selari dengan muzik yang dimainkan.
Selain meminati seni persembahan tradisional, bapa tiga anak itu juga mahir dalam penggunaan alat tradisional seperti rebab dan serunai.
Katanya, rebab dan serunai antara instrumen penting dalam persembahan tradisional Kelantan seperti wayang kulit, muzik silat, mak yong dan menora.
“Saya sangat tertarik pada instrumen tersebut kerana keunikannya dalam mengiringi sesebuah persembahan tradisional.
Sifat peralatan itu juga sangat berbeza dengan peralatan muzik moden.
“Untuk mempelajari instrumen tersebut, seseorang perlulah mempelajari instrumen lain juga seperti gendang, gong dan gedombak kerana kesemua peralatan muzik ini mempunyai kaitan yang sangat rapat dalam sesebuah persembahan tradisional,” ujarnya.
Mahir ukir
SELAIN berbakat menggunakan rebab dan serunai, Mohd Asrul juga mahir membuat ukiran kedua-dua alat tradisional tersebut.
Ujarnya, untuk membuat ukiran rebab dan serunai tidak memerlukan masa lama sebaliknya memerlukan ketajaman pendengaran bagi mendapatkan nada alat muzik itu.
“Untuk mempelajari seni ukiran tidaklah begitu susah, hanya memerlukan sedikit kesabaran dan ketekunan untuk mendapatkan hasil yang baik.
“Namun, pendengaran tajam diperlukan bagi mendapatkan nada bagi alat muzik, terutama serunai kerana seorang pengukir juga mestilah mempunyai kepakaran untuk memainkan
alatan itu,” katanya yang mempelajari ukiran alat muzik melalui pemerhatian dan kreativiti sendiri.
Menurut Mohd Asrul, pembuatan rebab dan serunai hanyalah untuk memenuhi masa lapang.
Ini kerana komitmennya terhadap kerjaya sebagai Pegawai Kebudayaan Pusat Kebudayaan UM yang miliki masa terhad.
“Mungkin ramai yang tak percaya bahawa saya suka belajar membuat apa jua perkara termasuk alat muzik dengan sendiri.
“Kita juga bebas untuk mencipta sesuatu ukiran pada instrumen jika kita sendiri yang membuatnya,” katanya yang pernah meraih anugerah Pelakon Pembantu Terbaik dalam Festival Teater Kebangsaan peringkat Wilayah Persekutuan pada 2008.
Walaupun sering kali mendapat pujian terhadap ukiran yang dihasilkan, Mohd Asrul tidak sesekali menjualnya kerana apa yang dibuat untuk kegunaan dan kepuasan sendiri.
Sementara itu, sepanjang menemu bual Mohd Asrul, penulis mendapati beliau seorang yang berjiwa seni.
Apabila ditanya mengenai sikapnya itu, pantas Asrul menjawab, “Ramai yang kata saya seorang yang kasar dari segi intonasi tutur kata dan itulah saya. Namun kasar tutur kata tidaklah melambangkan keseluruhan sifat dalaman seseorang.
Biasanya orang berjiwa seni adalah orang yang berjiwa halus dan sensitif terhadap sesuatu perkara yang berlaku,” katanya yang turut gemar membela haiwan seperti kucing,
arnab, burung dan kura-kura.

Persembahan dikir barat terus diminati
Posted by Suaramuda on 4:35 PM
KOTA BHARU 26 Sept. - Dikir barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Biasanya, ia dipersembahkan di kampung-kampung dan pinggir bandar.
Di Kelantan, cabang seni ini dikenali sebagai dikir barat manakala di selatan Thailand pula ia lebih popular dengan gelaran 'dikir karut', merujuk kepada istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair yang dipersembahkan oleh Tok Juara.
Maka tidak hairanlah seni warisan budaya bangsa ini seakan-akan sudah sebati dan menjadi darah daging kepada sebahagian rakyat di negeri ini sehingga sukar untuk dipisahkan.
Walaupun berada pada zaman serba canggih, namun kesenian dikir barat masih mendapat tempat dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri.
Bukan itu sahaja, seni dikir barat yang suatu ketika dahulu hanya popular di sekitar selatan Thailand, Kelantan dan Terengganu mula mendapat perhatian daripada masyarakat luar Kelantan.
Jika sebelum ini persembahan dikir barat hanya dimainkan di kawasan-kawasan kampung, namun hari ini ia turut dimainkan di hotel bertaraf lima bintang serta pada majlis keraian yang dihadiri oleh orang kenamaan.
Sehubungan itu, langkah Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi Radio Malaysia Kelantan FM mengadakan Pertandingan Dikir Barat Peringkat Kebangsaan baru-baru ini adalah tepat bagi memastikan budaya bangsa itu tidak lapuk ditelan zaman.
Program yang memasuki tahun ke-19 itu dilihat berjaya mengangkat martabat kesenian dikir barat yang mula mendapat tempat di kalangan masyarakat luar Kelantan.
Pengarah Penyiaran negeri, Datuk Sayuti Mukhtar memberitahu, penganjuran pertandingan tersebut telah banyak melahirkan bakat-bakat baru dalam kesenian dikir barat tanah air khususnya di Kelantan.
"Selain itu, hasrat kami ialah untuk mempopularkan warisan budaya bangsa agar ia terus segar di kalangan generasi muda pada hari ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pertandingan separuh akhir dikir barat kebangsaan 2012 di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu (PKB) dekat sini baru-baru ini.
Pada pertandingan tersebut, kombinasi mantap antara Tok Jogho, Tukang Karut dan Awok-awok yang mantap serta menepati tema diberikan membawa tuah kepada dua kumpulan iaitu Seri Tanjung Kuala dari Pantai Sabak, Pengkalan Chepa dan Kumpulan Seri Istana GiatMara Tumpat untuk layak ke peringkat akhir yang dijadual pada November depan.
Kedua-dua kumpulan tersebut menewaskan dua lagi pasukan yang berpengkalan di Lembah Klang iaitu Sunang Detaga, Pantai Hill Park, Kuala Lumpur dan Tabuh Pendeta Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha. Hadir sama, Pengarah Urusan Rancangan Radio RTM, Mohamad Mat Husin.
Seorang peserta pertandingan, Rosli Zakaria ketika ditemui berkata, dia menyambut baik langkah RTM mengadakan pertandingan tersebut.
Menurutnya, selain mencungkil bakat-bakat baru ia juga dapat memastikan seni dikir barat terus hidup subur dalam masyarakat hari ini.
"Harapan saya untuk edisi akan datang agar pihak penganjur dapat membuat penambahbaikan dengan memperhebatkan lagi promosi untuk menarik lebih ramai peminat datang menyaksikan pertandingan tersebut," katanya.
Bagi penggiat seni berkenaan, Mohd. Sulhie Yusof, sudah sampai masanya dikir barat mengalami transformasi di segi irama dan gerak tari agar seni warisan itu tidak lapuk ditelan zaman tanpa menjejaskan elemen asas dikir barat.
"Saya percaya transformasi tersebut mampu menjadikan dikir barat lebih segar dan mampu berdaya saing dengan kesenian yang ada pada hari ini agar dapat dipasarkan ke peringkat global.
"Begitu juga dalam pertandingan dikir barat. Banyak aspek baru perlu dinilai dan dikaji semula seperti kekemasan pakaian, gerak tari awok-awok serta lenggok persembahan Tok Juara," ujarnya.
Sementara itu, seorang peminat dikir barat, Zakaria Abdullah berkata, pendekatan yang dilakukan oleh RTM wajar diberikan pujian kerana ia bakal mempopularkan lagi kesenian tersebut, sekali gus menarik minat golongan muda untuk mempelajarinya.
"Rata-rata peserta yang menyertai pertandingan ini terdiri daripada golongan belia, secara tidak langsung membuktikan golongan berkenaan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kesenian ini.
"Dua pasukan dari Lembah Klang iaitu Sunang Detaga dan Tabuh Pendeta membuktikan kesenian ini sudah melangkah keluar dari negeri ini.
"Jadi usaha-usaha ini perlu dipergiatkan untuk memperkasa kesenian dikir barat ke peringkat lebih tinggi," katanya.
Lagi album semarak sokongan TRW
Posted by Suaramuda on 4:33 PM
PASIR PUTEH - Album dikir barat ‘The Red Warrior Kelate Juara’ menyemarakkan sokongan penyokong kepada pasukan Kelantan yang kini menuju final Piala Malaysia 2012.
Gabungan semula Mat Glamour dan Zaidi Buluh Perindu dalam album baru itu mendapat perhatian kerana ia mengingatkan peminat seni negeri ini kepada lagu-lagu popular mereka seperti lagu Anak Ramai, Jemput Pise dan Tongkat Ali.
Kali ini mereka menghasilkan album khas sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan TRW.
Mat Glamour berkata, beliau berpuas hati dengan kualiti lagu dan lirik dalam album tersebut dan menganggap ianya bukan sahaja perlu dimiliki peminat dikir barat, malah oleh seluruh peminat bola sepak Kelantan.
“Bagi mereka yang meminati irama segar, saya rasa inilah khazanah yang boleh dijadikan sebagai koleksi kesayangan apatah lagi album ini menampilkan kembali kekuatan saya dan Zaidi selepas sekian lama sibuk dengan urusan masing-masing dalam bidang seni,” katanya.
Bagi Zaidi pula, duet bersama Mat Glamour tidak pernah mengecewakan termasuk untuk lagu Kelate Juara dan Kelate Jaguh dalam album terbaharu yang sudah berada di pasaran itu.
“Saya optimis album The Red Warrior Kelate Juara ini mendapat sambutan dan saya juga berbangga kerana secara tidak langsung saya menyumbangkan sokongan dengan cara tersendiri,” katanya.
Lagu lain-lain yang dimuatkan dalam album tersebut ialah Sejarah Bola Kelate nyanyian Mail Anak Kala, Laungan Peminat (Fadil Turbo), Pahlawan Merah (Ezeri Layang Puteh), Kelate Loni (Mat Glamour) dan Insya Allah Kelate Berjaya (Zaidi).

5,000 tonton dikir barat
Posted by Suaramuda on 4:31 PM
KOTA BHARU- Lebih 5,000 penonton membanjiri Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu (PKB), Kok Lanas malam kelmarin, sempena Pertandingan Peringkat Separuh Akhir Dikir Barat Kebangsaan 2012, yang menampilkan empat kumpulan pada pertandingan itu.
Antara kumpulan itu adalah, Seri Tanjung Kuala, Pantai Sabak, Pengkalan Chepa dan Kumpulan Seri Istana Giat Mara, Tumpat. Pengarah Penyiaran Negeri Datuk Sayuti Mukhtar berkata, Radio Malaysia Kelantan fm akan terus memainkan peranannya dalam mempertahan serta memartabatkan seni budaya di negeri ini terutama dikir barat.
“Ia selari dengan hasrat penubuhan asal stesen ini lebih 40 tahun lalu yang bertujuan untuk mengembangkan seni budaya masyarakat negeri Kelantan agar tidak luput di telan zaman.
“Pihaknya komited ke arah merealisasikan hasrat itu, termasuk akan memberi ruang dan peluang lebih luas kepada penggiat seni di negeri ini dalam mengembangkan bakat mereka,” katanya demikian ketika ditemui pemberita, pada Pertandingan Peringkat Separuh Akhir Dikir Barat Kebangsaan 2012 di Politeknik Kota Bharu (PKB) di Kok Lanas.
Program anjuran RTM yang telah memasuki edisi ke 19 itu mendapat sambutan yang hebat dalam kalangan peminat dikir barat di sekitar negeri ini.
Hadiah kepada pemenang disampaikan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPP), Datuk Muhktar Mustapa. Turut hadir, Pengarah Urusan Rancangan Radio, Mohamad Mat Husin Sementara itu, dalam kalangan pendikir dan para peminat dikir barat, memuji langkah RTM mengadakan pertandingan seumpama itu.
Selain dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang seni itu, ia juga secara langsung dapat memastikan seni dikir barat terus hidup subur dalam masyarakat hari ini.

PM ajak rakyat Kelantan bangkit
Posted by Suaramuda on 4:27 PM
GUA MUSANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat Kelantan bangkit dalam satu barisan untuk melakukan perubahan besar terhadap kehidupan dan pembangunan di negeri itu.
Beliau berkata, rakyat Kelantan harus memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk melakukan perubahan tersebut kerana selama ini negeri itu jauh ketinggalan.
"Insya-Allah, beri peluang kepada Barisan Nasional, kita akan buat perubahan besar, masalah bekalan air bersih boleh selesai dan banyak lagi masalah boleh kita selesaikan termasuk permintaan mewujudkan lebuh raya," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di sini semalam.
Najib berkata, semangat mahukan perubahan yang besar itu harus bermula daripada sekarang, termasuk mereka yang memakai baju warna merah yang sinonim dengan semangat 'gelombang merah' yang dicetuskan UMNO Kelantan untuk merampas negeri tersebut daripada pentadbiran Pas.
"Daripada perhimpunan seperti ini, kita akan mara ke depan, kita tahu tidak mudah tetapi saya setuju dengan dikir barat tadi, cuba try test sepenggal, saya yakin perubahan besar akan berlaku," katanya.
Suami buat surat nikah sendiri - Mahkamah tentukan status perkahwinan penyanyi dikir bara
Posted by Suaramuda on 4:26 PM
KUALA TERENGGANU - Status perkahwinan seorang penyanyi dikir barat dan pasangannya yang membuat surat nikah sendiri akan ditentukan Mahkamah Tinggi Syariah esok.
Hakim, Shaikh Ahmad Ismail menetapkan demikian selepas mendengar keterangan pasangan itu, Shahima Edayu Mohd. Alwi, 18, dan Ahmad Syahrizan Yusof, 29, serta tiga orang saksi pada perbicaraan semalam.
Pasangan itu sebelum ini dinikahkan di rumah sewa Ahmad Syahrizan yang juga Pembantu Kesihatan Awam di Kampung Pengkalan Pandan, Bukit Mentok, Kemaman pada 14 Januari lalu.
Pada perbicaraan tersebut, Shahima Edayu yang sudah merakamkan 20 album dikir barat memberitahu, perkahwinan itu dijalankan sendiri bapanya selepas dua minggu dia menyatakan hasrat bernikah dengan Ahmad Syahrizan.
Menurutnya, Ahmad Syahrizan menyediakan surat nikah yang direka sendiri sebelum ditandatangani ketika akad nikah berlangsung.
Perkumpulan Perempuan Machang juara dikir barat
Posted by Suaramuda on 4:24 PM
JUARA. Pasukan Dikir Barat Perkumpulan Perempuan Daerah (PPD) Machang muncul johan Pertandingan Dikir Barat Wanita Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan di Machang baru-baru ini.
Pasukan yang diwakili penyanyi, Raja Norhidayah Raja Abdullah, 18, dan Nor Azreen Ashaari, 18, meraih hadiah wang tunai RM500. Pertandingan dianjurkan oleh Perkumpulan Perempuan Kelantan (PPK) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negeri.
Pasukan PPD Jeli pula merangkul tempat kedua dan menerima RM400 manakala PPD Bachok di tempat ketiga menerima RM300.
Tujuh pasukan lagi menerima hadiah sagu hati RM200 iaitu PPD Pasir Mas, Tumpat, Kuala Krai, Gua Musang, Kota Bharu, Pasir Puteh dan Tanah Merah.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Puteri Sultan Kelantan, Tengku Amalin A'Ishah.
Sabri Yunus si tukang karut
Posted by Suaramuda on 4:24 PM
BUTIR tawanya sudah cukup untuk memperkenalkan Sabri Yunus. Dia lelaki yang berjaya menggeletek rakyat negara ini dengan gaya dan lenggok berpaksikan negeri kelahirannya.
Bermula dari zaman Santan Berlada, Pi Mai Pi Mai Tang Tu sehinggalah Salam Pantai Timur dan kini tunjang kepada Karoot Komedia X, Sabri sudah dianggap sebagai pelawak otai. Uniknya, dia mengekalkan lidahnya untuk basah dalam dialek yang likat berbau budu. Dialek 'Kelate' sudah lama bersatu membentuk nama Sabri Yunus.
Seperkara lagi, nakal, bersahaja dan spontan barangkali tiga sifat hakiki yang menjadikan Sabri seorang seniman rakyat - seniman yang berjaya mengangkat dikir barat daripada sebuah hiburan kampung menjadi hiburan kegemaran ramai di sebuah stesen satelit.
"Elemen dikir karut dalam Karoot Komedia dan Karoot Komedia X sebenarnya sudah jadi versi ketiga yang saya aplikasikan dalam program televisyen. Kali pertama dalam Satira (TV3), kemudian dalam Salam Pantai Timur (RTM) dan sekarang Karoot Komedia (Astro). Konsepnya tidak banyak beza cuma pendekatan sedikit berlainan.
"Dikir barat ada komposisi tertentu, saya cuma ambil bahagian karut untuk dimasukkan dalam program, jadi saya tidak terikat dengan komposisi yang harus dihormati dalam dikir barat. Orang Kelantan boleh terima karut itu terpisah daripada dikir barat," katanya persis sang budayawan, sedikit terkeluar dari lingkaran Sabri yang selama ini dikenali menerusi sifat lucunya.
Jiwa Kelantan Sabri masih menebal walaupun sudah berhijrah Kuala Lumpur sejak berusia 21 tahun.
Masuk tahun 2012, dia sebenarnya lebih lama tinggal di KL berbanding di Kelantan.
Rajawali juara pertandingan dikir barat BB Plaza
Posted by Suaramuda on 4:18 PM
JUARA. Kumpulan Rajawali menjadi juara Pertandingan Dikir Barat Kemerdekaan Bukit Bintang (BB) Plaza sempena ulang tahun kali ke-55 kemerdekaan negara di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pengerusi Persatuan Penyewa BB Plaza, Hassan Said berkata, pasukan itu telah mengalahkan lapan kumpulan lain yang menyertai pertandingan yang sama.
"Sempena dengan sambutan hari kemerdekaan, timbul idea untuk menganjurkan Pertandingan Dikir Barat Piala Merdeka BB Plaza dan kami telah memilih pelawak terkenal, Sabri Yunus sebagai penyelaras untuk menguruskannya," katanya.
Kumpulan Rajawali menerima hadiah wang tunai RM3,000.
Menurut Hassan, walaupun kali pertama pertandingan dikir barat dianjurkan, pihaknya yakin ia mampu menjadi salah satu tarikan tersendiri.
Persembahan dikir barat perempuan menghiburkan
Posted by Suaramuda on 4:16 PM
DIKIR WANITA. Penduduk daerah ini julung-julung kalinya dihiburkan dengan persembahan dikir barat wanita yang berlangsung di tapak pasar tani, Kampung Ayer Lanas, Jeli, Kelantan baru-baru ini.
Dikir barat tersebut dipersembahkan oleh pasukan Skuad Sayang Kelantan pada majlis Hari Keluarga Amanah Ikhtiar Blok 2 Cawangan Jeli.
Walaupun pada majlis tersebut turut menampilkan persembahan kumpulan dikir barat lelaki, namun kemunculan 20 ahli dikir barat wanita itu yang mendendang lagu berunsur nasihat tetap mempunyai tarikan tersendiri.
Seorang penduduk, Zanariah Derkman, 40, berasa gembira dengan perkembangan itu yang tidak meminggirkan penglibatan wanita dalam dikir barat.
"Jika sebelum ini, saya tidak pernah berkunjung ke majlis persembahan dikir barat kerana hanya melibatkan kaum lelaki tetapi kali ini saya tidak mahu melepaskan peluang menonton persembahan kumpulan dikir perempuan," katanya.
Kumpulan dikir barat tunjuk hebat
Posted by Suaramuda on 4:15 PM
DIKIR KOMUNITI. Dua kumpulan dikir barat popular di Kelantan membuat persembahan di padang bola Sekolah Kebangsaan (SK) Sering, Kota Bharu, semalam.
Kumpulan terlibat, Sri Tanjung Kuala yang merupakan johan Dikir Barat Komuniti Bestari Peringkat Kebangsaan 2008 dan Sri Babung yang juga merupakan bekas juara Dikir Barat Komuniti Bestari Peringkat Kebangsaan 2007.
Empat orang tukang karut yang turut menghiburkan pengunjung pada malam itu termasuk Jemi Intan Berlian, Meli Mahligai, Jahari Kota Raya dan Che Awang Minyak.
Pengerusi Komuniti Bestari Pasir Kasar, Dali Hussin berkata, persembahan dikir barat itu adalah sebahagian aktiviti yang digerakkan oleh komuniti berkenaan untuk menyemarakkan persembahan dikir barat terutamanya di kalangan generasi muda.
Mahasiswa pejuang 'seni kampung'
Posted by Suaramuda on 4:14 PM
APABILA menyebut nama Halim Yazid, pasti ramai yang tidak mengenalinya. Tetapi, kalau didendangkan bait lagu rakyat gubahannya yang bertajuk Tupai, pasti ramai yang akan teruja.
Pemilik figura kecil molek yang merupakan pegawai kebudayaan dan tenaga pengajar di Universiti Malaya (UM) ini menjelaskan bahawa seni dikir barat telah serasi dalam dirinya sejak zaman remaja lagi.
Namun, lelaki yang kini meniti usia 49 tahun itu berkata, bukan mudah untuk menjadi pelopor kepada seni dikir kontemporari. Banyak halangan dan rintangan perlu diharungi sebelum muncul kejayaan. Demikian menurut anak kelahiran Pasir Puteh, Kelantan ini ketika ditemui GenK di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menceritakan mengenai perkembangan dikir barat, Halim memberitahu, pada tahun 70-an dan 80-an, dikir barat tidak mempunyai reputasi sebaik kini.
Ini kerana, katanya, dikir barat merupakan seni rakyat yang hanya dimainkan di kampung-kampung. Golongan elit dan terpelajar menganggap seni dikir ini sebagai seni kampung.
"Ketika saya mula bergiat dalam dikir barat, ramai tidak bersetuju kerana mereka mempertikaikan status saya sebagai seorang yang berpelajaran tinggi tetapi menceburi bidang 'seni kampung.'
"Ramai menganggap seni itu rendah martabatnya. Tetapi jiwa saya terlalu dekat dan sebati dengan dikir barat dan saya berusaha menukar persepsi orang ramai," katanya yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Penulisan Kreatif dan Deskriptif dari UM.
Pada masa dahulu, dikir barat merupakan seni yang banyak dimanipulasi untuk menyampaikan mesej tertentu tetapi banyak menyelitkan unsur-unsur lucah dan penghinaan kepada wanita.
Mungkin kerana itu, golongan elit dan berpelajaran tidak begitu menggemari persembahan dikir barat pada waktu itu berbanding sekarang setelah persembahan dikir barat mengalami transformasi.
Halim cuba mengubah persepsi masyarakat dengan menggubah sendiri lagu-lagu dikir barat yang dipenuhi dengan pelbagai mesej berguna tanpa ada unsur-unsur yang boleh mengganggu sensitiviti penonton.
Dia banyak menggunakan kisah hidup sendiri sebagai idea dalam penghasilan lagu-lagu dikir baratnya.
Bercerita mengenai kisah hidupnya, lagu Bangkit Asal 1 dan 2, menceritakan mengenai kisah hidupnya dari zaman kanak-kanak hingga dewasa.
"Ramai peminat saya memberi maklum balas bahawa mereka sedih bila mendengar lagu itu dan ada juga yang menangis apabila mendengarnya.
"Saya berasal dari keluarga yang susah dan merupakan anak sulung daripada tujuh adik-beradik," katanya memulakan bicara tentang kisah hidupnya.
Menurut Halim, dia sangat bertuah kerana mempunyai bapa yang mementingkan pendidikan kepada anak-anaknya. Bapanya berusaha memberinya pendidikan yang mencukupi sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.
Katanya, bapanya juga terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan untuk menambah rezeki bagi menampung perbelanjaan keluarga.
"Bapa pernah melakukan pelbagai pekerjaan. Seingat saya, bapa pernah mengambil upah membanting padi di Kedah, menoreh getah di Narathiwat, Thailand, dan juga menjadi buruh membuat jalan raya.
"Kami terlalu susah sehinggakan, kadang-kadang bapa tidak mampu membayar yuran sekolah saya. Tetapi, bapa tetap berusaha untuk menyediakan semua keperluan sekolah anak-anak," katanya.
Cerita Halim lagi, dia pernah terpaksa turun dari bas sekolah kerana malu dengan kawan-kawan dan pemandu bas ekoran tidak mampu membayar tambang bas sekolah.
"Masa sekolah dulu, saya tidak dapat menyertai aktiviti kokurikulum pada waktu petang kerana tidak mampu membeli seluar sukan.
"Kesusahan itu bagaimanapun berjaya saya rentasi sehingga memiliki segulung ijazah. Mesej itu saya cuba sampaikan dalam lagu-lagu dikir barat saya," katanya.
Ketika diterima untuk melanjutkan pelajaran di UM, Halim memberitahu yang dia tidak bernasib baik kerana tidak mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
"Ketika saya belajar di UM, hanya ada tiga jenis pembiayaan iaitu biasiswa JPA, biasiswa Kementerian Pendidikan (Perguruan) dan pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara).
"Saya tidak mempunyai sesiapa untuk merujuk perkara itu. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk mengambil biasiswa Kementerian Pendidikan walaupun saya tidak berminat untuk menjadi seorang guru," katanya.
Apabila tamat pengajian dan oleh kerana tidak mahu menjadi guru, Halim dikehendaki membayar balik biasiswa tersebut sebanyak RM50,000.
Bagaimanapun, dia telah membuat rayuan pelepasan daripada dikenakan pembayaran balik dan berjaya. Tetapi, sebelum itu, Halim telah melangsaikan sejumlah pinjaman iaitu sebanyak RM15,000.
"Selepas tamat pengajian pada tahun 1984, saya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan ketika itu, saya aktif menyertai persatuan-persatuan seni sekitar Kuala Lumpur.
"Saya juga pernah menghuni di Anak Alam bersama Pyan Habib dan ketika itu saya rajin menulis sajak, cerpen dan juga rencana. Saya juga mendapat bantuan dan nasihat daripada Sasterawan Negara A.Samad Said ketika itu," ujarnya.
Pada tahun 1986, Halim diterima menyandang jawatan Pegawai Kebudayaan di UM dan pada masa itu, dia semakin aktif dalam kegiatan dikir barat.
"Orang ramai memandang rendah penglibatan saya dalam memperjuangkan seni dikir barat. Tetapi, kerana dikir baratlah, saya mengenali ramai orang-orang ternama termasuk menteri.
"Dikir barat adalah medium penting bagi penyampaian mesej secara tidak langsung. Itu adalah misi saya dalam memperjuangkan seni rakyat ini. Saya mahu zaman gelap dikir barat berakhir, dan biarlah transformasi yang berlaku adalah sesuatu yang baik," katanya.
Halim mengakui, dikir barat kini sangat popular bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Kelantan, malah boleh dikatakan, semua sekolah rendah dan menengah termasuk sekolah di Sabah mempunyai kumpulan dikir barat sendiri. Itu adalah sesuatu yang membanggakan bagi dirinya dan juga pejuang seni dikir barat.
Ia bagai menggambarkan bahawa dikir barat kini sudah diterima oleh semua golongan masyaraka
Tuesday, July 17, 2012
Eksperimetasi dikir barat
Posted by MOKA on 12:13 AM
|
SIAPA sangka dikir barat yang popular di negeri Cik Siti Wan Kembang mampu menggegarkan Panggung Sari, Istana Budaya sempena Kuala Lumpur Festival (KL Festival) yang berlangsung pada tanggal 1 hingga 2 Julai lalu.
Teriakan dan sokongan para peminat yang turut sama mengikut rentak lagu dan tepukan oleh 500 awak-awak ternyata menggegarkan Panggung Sari. Kumpulan awak-awak adalah mereka yang menyanyi mengikut nyanyian tukang karut atau tok juara sambil bertepuk tangan dengan pelbagai.
Awak-awak juga disusun mengikut warna bendera Jalur Gemilang yang pasti memberikan semangat kecintaan terhadap negara melalui muzik yang disampaikan. Ia diketuai oleh seorang konduktor sebagai panduan kepada mereka sepanjang persembahan selama dua jam itu.
“Selaku anak jati Kelantan, saya berbangga dengan pembaharuan dikir barat yang dibawa secara moden dan usaha menaikkan martabat dikir barat hingga ke Istana Budaya,” kata Luqman Hakim Anuar Zaki, 22, selepas menonton konsert Ekstravaganza Dikir: Segalanya Dikir! pada malam terakhir konsert tersebut.
Beliau ternyata sangat gembira dengan pembaharuan yang diterapkan dalam muzik tradisional dan berharap kaedah yang digunakan dalam konsert tersebut dibawa ke negeri Kelantan pada masa akan datang.
Walaupun Panggung Sari pada malam konsert tersebut dipenuhi oleh warga kota, lagu hit Anak Tupai dendangan penyanyi tersohor kebanggaan rakyat negeri Kelantan, Halim Yazid bagaikan tidak asing bagi mereka. Ramai yang turut menyanyikan setiap bait lagu tersebut.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli, pemilihan dikir barat yang diangkat sebagai konsert utama sempena KL Festival 2012 adalah untuk memberi kelainan kepada penganjuran festival.
Malah, pihaknya tidak mahu melihat sesetengah orang memberi persepsi dikir barat hanya persembahan tempelan.
“Ekstravaganza Dikir: Segalanya Dikir! merupakan konsert dikir barat pertama yang dianjurkan dengan skala yang besar. Ia juga mampu mengembalikan muzik tradisional ke arus perdana.
“Penganjuran festival ini juga menunjukkan dikir barat boleh digabungkan dengan muzik moden dan mampu untuk mengeratkan perpaduan kaum melalui kombinasi penyanyi-penyanyi yang terlibat,” ujarnya yang juga bercadang mahu mengenengahkan dikir barat ke negeri-negeri lain.
Dengan tema Dari Desa ke Istana, festival tersebut mengajak golongan bandar untuk menyaksikan sendiri persembahan tradisional yang popular di pentas berprestij dengan mempertaruhkan barisan artis-artis popular tanah air.
Antara artis yang mengadakan persembahan termasuklah Halim Yazid, Jen Enduro, Fendi Kenali, Roy Kapila, Noraniza Idris, Bob AF, Shrutti, Eyo Hock Seng, Dennis Lau, Danial Lee dan Jimmy Palikat.
Tidak ketinggalan Ito Blues Gang, Poe, Sesastre, Wakaka Crew, Ziana Zain, Hazama, Awie, Alif Satar, Jamal Abdillah dan Lan Typewriter.
Konsert tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran pelakon dan pelawak terkenal Sabri Yunus yang diberi tanggungjawab selaku pengacara majlis dan tukang karut.
Menggabungkan irama blues, reggae, rock, indie dan hip hop dalam muzik dikir barat, Ekstravaganza Dikir tidak meminggirkan elemen penting dikir barat sepanjang dua hari persembahan konsert tersebut.
Pendapat Norliza turut disokong oleh penyanyi veteran irama reggae, Poe yang masih mempertahan irama reggae yang dibawanya sejak 30 tahun lalu.
Jelasnya, muzik dikir barat mampu dibawa ke pentas antarabangsa dan penganjuran Ekstravaganza Dikir: Segalanya Dikir! juga akan membuka mata peminat dan penggiat seni tanah air mengenai kemampuan dikir barat yang boleh digabungkan dengan irama muzik yang lain.
“Penglibatan saya dalam festival ini secara tidak langsung telah memberi idea baharu kepada saya untuk menghasilkan irama reggae stail yang baharu dengan menggabung irama reggae dan dikir barat untuk karya saya untuk masa akan datang,“ ujarnya.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
PENAFIAN: Suaramuda tidak bertanggungjawab langsung terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.