• GAMBAR 1-Otai pendikir kelantan

    Ada yang masih ada dan ada juga yang telah tiada. Al-fatihah kepada mereka yang telah tiada

  • GAMBAR-2-PAHLAWAN TERBILANG

    Persembahan dikir barat dalam istana kubang kerian pada tahun 1990, semua segak-segak dan lawa-lawa

  • GAMBAR-3-Dollah Anak Singa

    Antara album yang meletup semasa waktu dahulu

  • GAMBAR-4-Pok Nik Lah, Mail Gunung Ganang, Megat Nordn

    Gambar diambil semasa rakaman album dikir nasyid namun tidak dapat diterbitkan setelah kematian Mail Gunung Ganang

  • GAMBAR-5-Basa Diwana

    Gambar diambil semasa persembahan di perkampungan budaya di Dataran Merdeka pada 2009 pimpinan Asrul Faizal@Mafaka

  • DOWNLOAD MP3 DIKIR BARAT TERKINI DAN DULU

    Satu pembaharuan yang telah dilakukan untuk memastikan blog suaramuda terus segar dan ceria dengan penambahbaikan serta memberi bonus kepada pengunjung untuk mendownload lagu-lagu dikir barat terkini dan dulu-dulu

javascript:void(0)
PERHATIAN!!! SILA DAPATKAN VCD ATAU CD YANG ORIGINAL!!! BLOG YANG MENGANDUNGI BERITA TENTANG DIKIR BARAT, VIDEO KLIP DIKIR BARAT DAN JUGA LAGU-LAGU DIKIR BARAT

Wednesday, September 28, 2011

Kelantan iktiraf penggiat dikir barat

Posted by MOKA on 1:32 AM

berita tahun 2006 mstar online

KOTA BAHARU: Tujuh penggiat seni dikir barat Kelantan menerima hadiah berupa wang tunai, pingat dan sijil penghargaan daripada kerajaan negeri di sini, malam tadi.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan hadiah-hadiah itu pada satu majlis makan malam.

Dalam ucapannya pada majlis itu Nik Aziz berkata Kelantan tidak pernah mengharamkan persembahan tradisional termasuk dikir barat, sebaliknya meminta penggiat seni mengubah sedikit cara persembahan yang dianggap tidak sesuai dengan dengan Islam.

Beliau berkata Islam sentiasa menghargai seni dan membolehkan kegiatan itu diadakan, tertakluk kepada keadaan serta suasana tertentu selagi ia tidak bertentangan dengan agama.

"Kita di Kelantan tidak tutup, kita cuma ubah sedikit cara bagi menyesuaikan persembahan dengan kehendak Islam. Begitu juga dengan tilawah al-Quran yang membabitkan kaum wanita, kita tidak beri. Tetapi kita benarkan bagi kaum lelaki, jadi kita tak tutup (hentikan), kita cuma ubah sikit," katanya.

Tiga penggiat seni dikir barat yang terdiri daripada Yusof Hussin atau Jusoh Kelang, 67, Daud Che Mat atau nama gelarannya Jusoh Bukit Abal, 66, dan Abdullah Che Man atau Pak Nik Lah Tok Deh, 52, dinobatkan sebagai Tokoh Dikir Barat 2006, dan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM2,000, pingat serta sijil penghargaan.

Nordin Yusof atau Megat Nordin pula dipilih sebagai Tokjora Paling Popular, manakala Sulizi Che Awang atau Cikgu Sulizi sebagai Tukang Karut Paling Popular, dan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,500, pingat dan sijil penghargaan.

Kategori Tokjora Berpotensi Popular 2006 pula diberikan kepada Ismail Che Seman atau Mail Anak Kala, dan Tukang Karut Berpotensi Popular 2006 kepada Mat bin Ngah, atau Mamat Keretapi. Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,000, pingat dan sijil penghargaan.

Nordin yang ditemui selepas majlis itu berkata inilah julung-julung kali beliau menerima sumbangan kerajaan negeri sebagai mengenang jasanya dalam menggiatkan seni kebudayaan tradisional itu.

"Sejak lebih 20 tahun terlibat dengan dikir barat, inilah kali pertama saya diberi hadiah oleh kerajaan, saya ucapkan terima kasih," katanya. BERNAMA

Dikir Barat di Kelantan terus dicemari

Posted by MOKA on 1:25 AM

Penyertaan wanita dalam Dikir Barat di Kelantan semakin serius

KETEREH, 18.Apr - Tindakan sekumpulan masyarakat kampung Kubang Bongor, Kampung Kor dekat sini menganjurkan pertandingan dikir barat kumpulan Pemuda Jati Kubang Bongor dengan Kumpulan Dikir Barat Sri Jeram B yang melibatkan golongan wanita ternyata melanggari hasrat kerajaan Kelantan yang melarang mengadakan pertunjukkan dikir barat kaum wanita.

Pertandingan yang diadakan tersebut telah menampilkan penyanyi wanita berusia belasan tahun dan disaksikan sama oleh kanak-kanak.

Lebih menyedihkan, pihak penganjur juga turut menyediakan satu unsur perjudian dengan menyediakan sebiji betik untuk diteka bijinya dan telah mendapat sambutan menggalakkan dari pengunjung.

Sebelum ini Pengerusi Koperasi Dikir Barat Kelantan Berhad Zulkepli Mohamed ( Zul Wisma ) dan Persatuan Dikir Barat Kelantan ( Pendikir) telah menggesa kerajaan Kelantan agar memantau persembahan seni tersebut yang dilihat telah tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan.

Menurut Zul Wisma pihaknya banyak menerima aduan kini semakin banyak penganjur dikir barat menyelitkan nyanyian lagu dari kalangan penyanyi wanita.

Kanak-kanak juga turut menyaksikan lengguk penyanyi wanita

“ Saya amat sedih kerana keadaan ini jelas melanggari dasar negeri dan saya berharap pihak kerajaan negeri dapat melaksanakan penguatkuasaan dan memantau persembahan dikir barat ini”ujar beliau.

Unsur penjudian dengan meneka biji betik turut diadakan

Sementara itu Pemangku Pendikir Mohd Roby Jaafar ketika ditemui di pertandingan tersebut berkata walaupun ciri-ciri lagu dalam dikir tersebut tidak mengandungi unsure lucah namun ia dicemari dengan mengundang penyanyi genit belasan tahun untuk menghiburkan pengunjung, disamping itu penglibatan kaum wanita dalam kumpulan Sri Jeram B tersebut juga turut dipertikaikan.

“ Kami di Pendikir amat kesal perkara ini berlaku, namun oleh kerana tiada penguatkuasaan dari pihak berkenaan, penampilan golongan wanita di khalayak ramai semakin serius”ujar beliau.

sumber : http://gegarkelantan.net

Daud Bukit Abal Meninggal Dunia

Posted by MOKA on 1:09 AM

Daud is a leading Dikir Tewas proponent in the country

Al-Fatihah. Suaramuda mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T

Kelantan kehilangan Tokoh Seni Allahyarham Daud B.Che Man ( “Daud Bukit Abal” ) Beliau adalah satu-satunya orang lama dalam seni Dikir barat di kelantan sebelum ini. Seangkatan bersama beliau ialah Allahyarham Salleh Jambu/Mat Yeh/Seman Wau Bule dan beberapa lagi.

Gambar di ambil semsa : Showbiz: Dikir live in KL

Berita di Sinar Harian: Daud Bukit Abal, tokoh dikir barat meninggal

Biodata : Daud Bukit Abal di: http://perakan.org.my/v2/?p=1330


Petikan : sinarharian kelantan

SELISING – Sebut sahaja nama Daud Bukit Abal atau nama sebenarnya Mat Daud Che Mat, 71, peminat seni dikir barat pasti mengenali beliau yang dianggap sebagai seorang tokoh kesenian di negeri ini.

Kehilangan beliau bagaikan satu kehilangan yang besar, lebih-lebih lagi kepada penggiat seni dikir barat di negeri ini, apabila Daud Bukit Abal menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Raja Perempuan Zainab II kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

Isterinya, Zarinah Noor, 58, berkata, pemergian suami tercinta sangat mengejutkan dia dan seluruh ahli keluarga kerana beberapa hari sebelum itu, Daud Bukit Abal hanya mengalami demam panas sahaja.

“Saya sampai sekarang masih terkejut dan tidak menyangka demam panas yang dialami oleh arwah boleh membawa maut, bagaimanapun kami sekeluarga tetap redha dengan ketentuan Ilahi,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Jenereh, di sini, semalam.

Arwah Daud Bukit Abal meninggalkan tiga anak bersama bekas isteri pertama, dan enam anak dengan isteri keduanya, Zarinah, serta 14 cucu.

Jenazahnya dikebumikan selepas Isyak di Tanah Perkuburan Kampung Banggol Pak Esah.

Sementara itu sahabat arwah, Syed Kamal Syed Alwi, 56, atau lebih dikenali sebagai Pok Ku Kamal iaitu seorang tukang karut berkata, dia dan rakan-rakan yang lain sangat merasai dengan kehilangan tersebut.

“Arwah sudah lebih 50 tahun memperjuangkan seni dikir barat, dan boleh dikatakan ramai bakat-bakat baru yang ada sekarang ini adalah bekas anak didiknya.

“Kalau diingatkan kembali zaman muda-muda dahulu, Daud Bukit Abal sanggup mengorbankan apa sahaja, asalkan dapat memberikan yang terbaik kepada kami terutamanya anak-anak murid pada masa itu,” katanya.

Menurutnya, arwah sukar untuk dicari ganti kerana bakat yang ada serta kesungguhan beliau dalam seni suara dikir barat ini.

Tribute untuk Allahyarham Abe Daud


For close to half a decade, the name of Daud Bukit Abal (Mat Daud Che Mat) was synonymous with the Dikir Barat tradition of his native state of Kelantan.

Born in the Pasir Putih district of Kelantan, his interest in Dikir began in light hearted fashion, imitating famous Dikir masters of his time. His deep and melodious voice however made him an increasingly popular singer, and he eventually emerged as a leading Tok Jogho.

Since 1961, when he made his debut, through the 1970's and 1980's, and till he was declared and granted the title Master of the Dikir Barat by his contemporaries in 2006, he ensured the ascendency of the Dikir tradition in Kelantan. As other traditional art forms in Kelantan were proscribed by the PAS led state government, Daud Bukit Abal further widened the platform of Dikir to embrace musicians and artists from these other 'outlawed' traditions.

In 2005, when there were suggestions that Dikir Barat, too, be proscribed and brought within the 'reins of control', he, along with other renowned Dikir performers, put up a formidable protest which led to state authorities rescinding their decision.

Along with the other renowned Tok Jogho, the late Salleh Jambu and the legendary Tukang Karut, Seman Wau Bulan (composer of the legendary Dikir song, Wau Bulan), Daud Bukit Abal ensured the expansion of the Dikir Barat by experimenting with style and new mediums of performance. Still, it was always the deep grain of his voice which left audiences "entranced."

He remained active, performing, teaching and ensuring the transmission of Dikir to a younger generation of performers till his passing on 17.09.2011, so that every contemporary performer of Dikir can trace his lineage to Daud Bukit Abal whom they, and the vast Dikir audience in Kelantan and elsewhere, still embrace, with the deepest veneration, as 'The Godfather of Dikir Barat.' - Eddin Khoo (Pusaka)

Video by Indrani Kopal

Saya bukan cemar dikir barat

Posted by MOKA on 12:52 AM



KOTA BHARU: “Saya bukan perosak dikir barat Kelantan,” kata penyanyi dikir barat moden sensasi Kelantan, Adik Wani, 21 yang buat pertama kali ‘membuka mulut’ berhubung pelbagai cemuhan dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini.

Adik Wani atau nama sebenar, Azmahirwani Nordin, 21, cukup dikenali di Kelantan menerusi album dikir barat moden terutama album siri ‘Jaguh’ yang menampilkan imej seksi penyanyi itu.


Menurut Adik Wani, dia mengakui banyak menerima kritikan yang mengatakan dia artis murahan dan mencari publisiti dengan imej seksi.

Katanya, dia dikatakan mencemar seni dikir barat Kelantan gara-gara lagu yang dinyanyikan dan penampilannya.


“Saya tidak berniat untuk mencemarkan nama baik dikir barat di negeri ini. Mungkin ada yang salah faham bahawa dikir moden tiada kaitan dengan dikir barat asli kerana dikir moden lebih kepada nyanyian versi loghat Kelantan yang disadur dengan pelbagai irama seperti pop.


“Mengenai imej seksi, saya mohon maaf andai penampilan saya itu keterlaluan,” katanya yang berasal dari Kampung Kelaburan, Tumpat.

Adik Wani berkata, dia mahu berubah dengan tidak lagi memilih imej seksi.


“Saya tidak mahu dikenali sebagai artis murahan dan cuba berubah demi kebaikan diri sendiri serta industri muzik negeri ini.

“Terima kasih atas segala teguran dan kritikan yang diberikan sebelum ini,” katanya.


Adik Wani mula terbabit dalam industri muzik di Kelantan sejak berusia 13 tahun dan sehingga kini sudah menghasilkan lebih 20 album.


Terbaru, dia muncul dengan album baru berjudul ‘Tokseh Karpet’ keluaran Etnik Production yang turut menampilkan artis seperti Man Khan, Rosalinda, Jemie Intan Berlian, Aris Kapilla, Yoe T.M dan penyanyi baru, Ayu Baby.


Sebelum ini, industri muzik di Kelantan turut dihangatkan dengan kontroversi membabitkan penyanyi dikir barat moden berentak Bollywood, Kajol.


Hanya dalam tempoh tiga bulan, Kajol mencetuskan pelbagai kontroversi, bermula pada 15 April lalu, apabila ditahan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai ketika mengadakan persembahan di sebuah tapak ekspo di Tanah Merah.


Selepas itu, Kajol membuat pengakuan rela mati daripada berubah menjadi lelaki sejati sebelum dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda selepas mengaku salah terhadap pertuduhan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai ketika dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, 21 Jun lalu.


Bagaimanapun, hukuman itu ditangguhkan selepas Kajol merayu semua hukuman dijatuhkan ke atasnya dikemukakan semula kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk dibicarakan semula pada prosiding akan datang.

http://www.hmetro.com.my/articles/2011091702522720110917025227/Article/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN: Suaramuda tidak bertanggungjawab langsung terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
  • Facebook
  • Twitter

Search Site

 
  • Rebana Ibu

    Alat-alat dikir barat

  • Rebana Anak

    Kesi

  • Gong

    Tamborin

  • Canang

    Marakas