• GAMBAR 1-Otai pendikir kelantan

    Ada yang masih ada dan ada juga yang telah tiada. Al-fatihah kepada mereka yang telah tiada

  • GAMBAR-2-PAHLAWAN TERBILANG

    Persembahan dikir barat dalam istana kubang kerian pada tahun 1990, semua segak-segak dan lawa-lawa

  • GAMBAR-3-Dollah Anak Singa

    Antara album yang meletup semasa waktu dahulu

  • GAMBAR-4-Pok Nik Lah, Mail Gunung Ganang, Megat Nordn

    Gambar diambil semasa rakaman album dikir nasyid namun tidak dapat diterbitkan setelah kematian Mail Gunung Ganang

  • GAMBAR-5-Basa Diwana

    Gambar diambil semasa persembahan di perkampungan budaya di Dataran Merdeka pada 2009 pimpinan Asrul Faizal@Mafaka

  • DOWNLOAD MP3 DIKIR BARAT TERKINI DAN DULU

    Satu pembaharuan yang telah dilakukan untuk memastikan blog suaramuda terus segar dan ceria dengan penambahbaikan serta memberi bonus kepada pengunjung untuk mendownload lagu-lagu dikir barat terkini dan dulu-dulu

javascript:void(0)
PERHATIAN!!! SILA DAPATKAN VCD ATAU CD YANG ORIGINAL!!! BLOG YANG MENGANDUNGI BERITA TENTANG DIKIR BARAT, VIDEO KLIP DIKIR BARAT DAN JUGA LAGU-LAGU DIKIR BARAT

Saturday, September 10, 2011

KDBK anjur road show persembahan dikir barat

Posted by MOKA on 1:25 AM

BACHOK 31 Julai - Koperasi Dikir Barat Kelantan Bhd. (KDBKB) akan mengadakan road show persembahan dikir barat asli ke seluruh negeri ini bagi mengembalikan keaslian seni budaya itu selepas ia dikatakan dicemari elemen atau budaya moden.

Pengerusinya, Datuk Zulkepli Mohamad berkata, ini merupakan inisiatif pihaknya setelah mendapati tiada sebarang tindakan daripada mana-mana badan termasuk kerajaan negeri untuk memastikan dikir barat tempatan tidak terus dicemari oleh elemen asing sehingga menjejaskan keasliannya.

Katanya, antara elemen asing itu ialah membawa masuk penggunaan sistem muzik moden seperti kaedah minus one, menampilkan tukang nyanyi wanita, konsert rock dan dangdut semasa persembahan yang jelas menyalahi undang-undang hiburan di negeri ini.

"Unsur-unsur begini bukan sahaja akan melenyapkan kegemilangan seni yang diwarisi sejak puluhan tahun lampau, tetapi mencemar warisan budaya yang menjadi kebanggaan anak negeri ini khususnya.

"Seni asli dikir barat tiada muzik moden dan minus one, manakala kehadiran artis wanita hanya menimbulkan fitnah dalam kalangan orang ramai yang sepatutnya tidak berlaku di negeri dikatakan Serambi Mekah," katanya ditemui selepas mengadakan persembahan di Kampung Beris Lalang dekat sini, malam tadi.

Jabatan Kesihatan guna dikir barat

Posted by MOKA on 1:23 AM

KOTA BHARU 6 Ogos - Cawangan Penguat Kuasa Farmasi, Jabatan Kesihatan negeri kini menggunakan medium dikir barat dan karakter Wok Yoh, Samad dan Said untuk kempen kesedaran Jom Guna Ubat Berdaftar sebagai tarikan untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat.

Penolong Pengarah Kanan (Kuat Kuasa) cawangan itu, Mohammad Aswady Adenan berkata, mereka menerbitkan cakera padat audio Dikir Farmasi siri 1 dan 2 menggunakan karakter wayang kulit yang telah mula diedar secara percuma sejak pertengahan Mei lalu.

Mohammad Aswady berkata, selepas Ramadan 3,000 salinan video cakera padat Dikir Farmasi Siri Animasi akan diedar percuma kepada orang ramai.

Beliau berkata, pihaknya bekerjasama dengan pengasas animasi wayang kulit yang juga pemilik Artmedia Production, Royhadlin Hussain, menerbitkan album Dikir Farmasi yang turut disertai pendikir terkenal Cikgu Sulizi dan tok dalang yang membawa karakter Wok Yoh, Samad dan Said iaitu Soupi Mat Isa.

Katanya, ketiga-tiga karakter wayang kulit itu sudah sekian lama menjadi ikon yang digemari ramai terutama dalam album dikir komersial di negeri ini dan pihaknya mengambil peluang itu untuk meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap penggunaan ubat-ubatan berdaftar.

"Pihak kami sentiasa mengadakan kempen di peringkat daerah melalui ceramah dan pameran mengenai kepentingan mengambil ubat-ubatan berdaftar dan mengelak terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang.

"Namun penyampaian secara formal begini kurang menarik minat terutama di luar bandar kerana orang ramai biasanya lebih sukakan sesuatu yang lebih santai.

"Satu pendekatan melalui lagu dikir barat yang dekat dengan jiwa masyarakat di sini didapati lebih berhasil dan terbukti apabila kami memasang cakera padat ini semasa kempen, masyarakat tidak kira peringkat umur lebih teruja mendengar sketsa mengenai ubat yang disampaikan oleh karakter Wok Yoh, Samad dan Said," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, salinan cakera padat sama turut diserahkan kepada hospital dan pasar raya besar negeri ini untuk dipasang di premis masing-masing selain siaran melalui radio Kelantan FM.

Mohammad Aswady berkata, di samping menyumbangkan suara, beliau dengan dibantu oleh Royhadlin menghasilkan sendiri lirik dan skrip bagi lagu dan sketsa dalam album dikir yang diterbitkan bagi memastikan maklumat tepat mengenai ubat-ubatan disampaikan kepada orang ramai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN: Suaramuda tidak bertanggungjawab langsung terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
  • Facebook
  • Twitter

Search Site

 
  • Rebana Ibu

    Alat-alat dikir barat

  • Rebana Anak

    Kesi

  • Gong

    Tamborin

  • Canang

    Marakas