javascript:void(0)
PERHATIAN!!! SILA DAPATKAN VCD ATAU CD YANG ORIGINAL!!! BLOG YANG MENGANDUNGI BERITA TENTANG DIKIR BARAT, VIDEO KLIP DIKIR BARAT DAN JUGA LAGU-LAGU DIKIR BARAT

Saturday, September 10, 2011

Jabatan Kesihatan guna dikir barat

Posted by MOKA on 1:23 AM

KOTA BHARU 6 Ogos - Cawangan Penguat Kuasa Farmasi, Jabatan Kesihatan negeri kini menggunakan medium dikir barat dan karakter Wok Yoh, Samad dan Said untuk kempen kesedaran Jom Guna Ubat Berdaftar sebagai tarikan untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat.

Penolong Pengarah Kanan (Kuat Kuasa) cawangan itu, Mohammad Aswady Adenan berkata, mereka menerbitkan cakera padat audio Dikir Farmasi siri 1 dan 2 menggunakan karakter wayang kulit yang telah mula diedar secara percuma sejak pertengahan Mei lalu.

Mohammad Aswady berkata, selepas Ramadan 3,000 salinan video cakera padat Dikir Farmasi Siri Animasi akan diedar percuma kepada orang ramai.

Beliau berkata, pihaknya bekerjasama dengan pengasas animasi wayang kulit yang juga pemilik Artmedia Production, Royhadlin Hussain, menerbitkan album Dikir Farmasi yang turut disertai pendikir terkenal Cikgu Sulizi dan tok dalang yang membawa karakter Wok Yoh, Samad dan Said iaitu Soupi Mat Isa.

Katanya, ketiga-tiga karakter wayang kulit itu sudah sekian lama menjadi ikon yang digemari ramai terutama dalam album dikir komersial di negeri ini dan pihaknya mengambil peluang itu untuk meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap penggunaan ubat-ubatan berdaftar.

"Pihak kami sentiasa mengadakan kempen di peringkat daerah melalui ceramah dan pameran mengenai kepentingan mengambil ubat-ubatan berdaftar dan mengelak terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang.

"Namun penyampaian secara formal begini kurang menarik minat terutama di luar bandar kerana orang ramai biasanya lebih sukakan sesuatu yang lebih santai.

"Satu pendekatan melalui lagu dikir barat yang dekat dengan jiwa masyarakat di sini didapati lebih berhasil dan terbukti apabila kami memasang cakera padat ini semasa kempen, masyarakat tidak kira peringkat umur lebih teruja mendengar sketsa mengenai ubat yang disampaikan oleh karakter Wok Yoh, Samad dan Said," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, salinan cakera padat sama turut diserahkan kepada hospital dan pasar raya besar negeri ini untuk dipasang di premis masing-masing selain siaran melalui radio Kelantan FM.

Mohammad Aswady berkata, di samping menyumbangkan suara, beliau dengan dibantu oleh Royhadlin menghasilkan sendiri lirik dan skrip bagi lagu dan sketsa dalam album dikir yang diterbitkan bagi memastikan maklumat tepat mengenai ubat-ubatan disampaikan kepada orang ramai.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN: Suaramuda tidak bertanggungjawab langsung terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
  • Facebook
  • Twitter

Search Site

 
  • Rebana Ibu

    Alat-alat dikir barat

  • Rebana Anak

    Kesi

  • Gong

    Tamborin

  • Canang

    Marakas