javascript:void(0)
PERHATIAN!!! SILA DAPATKAN VCD ATAU CD YANG ORIGINAL!!! BLOG YANG MENGANDUNGI BERITA TENTANG DIKIR BARAT, VIDEO KLIP DIKIR BARAT DAN JUGA LAGU-LAGU DIKIR BARAT

Tuesday, October 18, 2011

Temasya Dikir Barat Kelantan 2011

Posted by MOKA on 11:05 PM




Roy Kapilla singing Loy Kratorn ( a Thai festival song ) and Dikir Rambong at the Kelantan Dikir Barat Festival held on 17th October 2011.




Temasya Dikir Barat Kelantan, Festival & Seminar Kebangsaan Tradisi Lisan Dan Keusahawanan Warisan.

kredit upload video by ihseng & arsenalredjuan


Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan akan menganjurkan Temasya Dikir Barat Kelantan -- Himpunan Juara-Juara Dikir Barat dan Pergendangan Perdana 2011 (Malaysia Book of Record)

Festival ini bertujuan antara lain bagi mengumpul seramai 1011 orang penggiat seni budaya khususnya para pendikir dan pergendangan dalam satu wadah persembahan berskala besar dalam mengangkat, memartabat serta menjalinkan ikatan perpaduan dari penggiat budaya pelbagai kaum di negeri Kelantan.

Festival ini juga akan memberi ruang serta peluang kepada semua penggiat seni budaya kearah merealisasikan gagasan 1Malaysia disamping tarikan kepada pelancong dalam usaha memperkenalkan Kelantan sebagai destinasi unik dan berbudaya tinggi.

Festival ini akan berlangsung pada 17hb Oktober 2011 (Isnin) di mana majlis perasmian akan dilakukan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia bertempat di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan pada jam 8.30 malam. Dato' Seri Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia akan turut sama memeriahkan lagi festival berkenaan.

Antara pengisian pada malam tersebut adalah persembahan perdana Dikir Barat dengan menampilkan Juara-Juara Dikir Barat tersohor disamping irama muzik pergendangan dari pelbagai kaum, nyanyian lagu-lagu patriotik, sketsa "Budi Basa Budaya Kita" dan Gagasan 1Malaysia serta irama serentak simfoni muzik Kelantan. Hiburan bermaklumat bertaraf "Malaysia Book of Record" yang dipegang oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan pada tahun 2000.

Dianggarkan lebih 50 kumpulan dikir barat dari 11 jajahan di negeri Kelantan yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan generasi akan berpadu tenaga dalam menjayakan festival ini.

Adalah diharapkan festival ini dapat mendekatkan lagi masyarakat dalam menghayati persembahan-persembahan melalui kaedah merakyatkan seni budaya sejurusnya memberi peluang dan ruang mengenali seni budaya setempat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN: Suaramuda tidak bertanggungjawab langsung terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
  • Facebook
  • Twitter

Search Site

 
  • Rebana Ibu

    Alat-alat dikir barat

  • Rebana Anak

    Kesi

  • Gong

    Tamborin

  • Canang

    Marakas