javascript:void(0)
PERHATIAN!!! SILA DAPATKAN VCD ATAU CD YANG ORIGINAL!!! BLOG YANG MENGANDUNGI BERITA TENTANG DIKIR BARAT, VIDEO KLIP DIKIR BARAT DAN JUGA LAGU-LAGU DIKIR BARAT

Tuesday, October 18, 2011

Perasmian Temasya Dikir Barat Kelantan

Posted by MOKA on 11:16 PM

Rais merasmikan Majlis Temasya Dikir Barat Kelantan, hari ini. Disaksi Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Emeritus Datuk Ir.Dr Zainai Mohamed (kanan) bersama sebahagian daripada 1,039 orang pendikir seluruh Kelantan di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Tanjung Chat, Kota Bharu.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kementeriannya telah mengenal pasti tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang untuk dijadikan landasan utama menyebarkan festival seni budaya tanah air Pantai Timur.

Katanya bagi merealisasikan hasrat berkenaan, pihaknya akan mencungkil bakat dan mencari individu serba boleh dalam pelbagai kategori antaranya penceritaan, hikayat lama, pantun, syair kesusasteraan Melayu dan sebagainya.

"Usaha ini adalah untuk memartabatkan seni budaya dan menggarap semula nilai lama dan tradisi lisan di Pantai Timur.

"Selain itu kementerian juga nak lihat penggunaan jawi seperti di Kelantan dapat kita gunakan semula di negeri-negeri lain termasuk di Semenanjung, Sabah dan Sarawak," katanya selepas Majlis Perasmian Temasya Dikir Barat Kelantan, di Kota Bharu semalam.

Festival berkenaan merupakan program ke-16 daripada 20 program yang dirancang Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) bersama Kementerian Pelancongan sepanjang tahun ini.

Seramai 1,039 pendikir dan lapan kumpulan pergendangan seluruh Kelantan berhimpun menjayakan festival berkenaan.

Lebih 5,000 hadir pada temasya yang berlangsung di Dewan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara negeri Kelantan sehingga pukul 10 malam

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN: Suaramuda tidak bertanggungjawab langsung terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
  • Facebook
  • Twitter

Search Site

 
  • Rebana Ibu

    Alat-alat dikir barat

  • Rebana Anak

    Kesi

  • Gong

    Tamborin

  • Canang

    Marakas