javascript:void(0)
PERHATIAN!!! SILA DAPATKAN VCD ATAU CD YANG ORIGINAL!!! BLOG YANG MENGANDUNGI BERITA TENTANG DIKIR BARAT, VIDEO KLIP DIKIR BARAT DAN JUGA LAGU-LAGU DIKIR BARAT

Thursday, March 7, 2013

Pemergian Zaidi satu kehilangan besar buat rakyat Kelantan - Mustapa

Posted by MOKA on 4:35 PM

MUSTAPA Mohamed (kanan) bertanyakan khabar kepada isteri Allahyarham Zaidi Mohamad iaitu Zaharina Mohamad, 47, (dua dari kiri) di Kampung Bunut Sarang Burung, Tumpat, malam kelmarin. - BERNAMA
TUMPAT 1 Mac - Pemergian pendikir terkenal Kelantan, Zaidi Mohamad, 46, ke rahmatullah akibat serangan jantung, merupakan satu kehilangan besar buat seluruh rakyat negeri ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pemergian Zaidi begitu dirasakan memandangkan beliau telah banyak berjasa selama ini.
Beliau berkata, Zaidi merupakan seorang tokoh yang banyak menyumbang dalam bidang kebudayaan di negeri ini khususnya dikir barat sehingga menjadi begitu popular.
Katanya, Zaidi atau lebih dikenali dengan panggilan Zaidi Buluh Perindu bersama rakan-rakannya juga banyak berjasa dalam memartabatkan seni dikir barat sehingga dikenali di seluruh negara.
"Jika 20 tahun dahulu dikir barat kurang dikenali tetapi sekarang, kumpulan dikir barat ditubuhkan di seluruh negara hasil perjuangan allahyarham dan rakan-rakannya.
"Kita kehilangan seorang budayawan tersohor yang banyak menyumbang kepada negeri kita," katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Allahyarham di Kampung Bunut Sarang Burung di sini tengah malam tadi.
Tambah Mustapa, pendikir adalah seorang yang kreatif dan mempunyai tahap pemikiran yang tinggi kerana mampu mencipta bait-bait lirik secara spontan tetapi mempunyai unsur nasihat yang diselangi lawak jenaka.
"Mereka mampu guna bahasa yang indah, kiasan dan mampu untuk bawa mesej yang boleh menyatupadukan rakyat, juga pada masa sama mempunyai unsur dakwah.
"Kalau kita berucap biasa, kadang-kadang rasa (mesej) tak sampai, (tapi) pendikir kadang-kadang kreativiti mereka, intonasi, menjadikan rakyat memahami mesej yang disampaikan mereka terutama melibatkan perpaduan," katanya
Semalam, rakyat di negeri ini telah dikejutkan dengan pemergian Zaidi yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
Sejak bergiat dalam seni dikir barat di negeri ini lebih 20 tahun lalu, Allahyarham telah merakam lebih 100 album lagu dikir dan kebanyakan lagunya menjadi siulan anak muda.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Timur/20130302/wt_02/Pemergian-Zaidi-satu-kehilangan-besar-buat-rakyat-Kelantan---Mustapa#ixzz2MqD5ytpq
© Utusan Melayu (M) Bhd

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN: Suaramuda tidak bertanggungjawab langsung terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
  • Facebook
  • Twitter

Search Site

 
  • Rebana Ibu

    Alat-alat dikir barat

  • Rebana Anak

    Kesi

  • Gong

    Tamborin

  • Canang

    Marakas