javascript:void(0)
PERHATIAN!!! SILA DAPATKAN VCD ATAU CD YANG ORIGINAL!!! BLOG YANG MENGANDUNGI BERITA TENTANG DIKIR BARAT, VIDEO KLIP DIKIR BARAT DAN JUGA LAGU-LAGU DIKIR BARAT

Sunday, October 31, 2010

Titih Pusaka UiTM Shah Alam Johan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan 2010

Posted by Suaramuda on 1:40 PM



Pertandingan Akhir Dikir Barat Peringkat Kebangsaan 2010 berlangsung dengan jayanya dan telah selesai melabuh tirai bagi tahun 2010 yang disiarkan secara langsung di TV1. Pertandingan tersebut telah diadakan di Auditorium Penyiaran Sultan Ahmad Shah Kuantan, Pahang yang telah dihadiri ribuan peminat dikir barat di seluruh pelusuk tanah air. Kedua-dua pasukan iaitu Sri Gedombak, Pasir Puteh dan Titih Pusaka, UiTM Shah Alam telah menunjukkan persembahan yang sangat hebat dan mengagumkan sepanjang tempoh pertandingan. Secara keseluruhannya pertandingan kali ini boleh dikatakan adalah yang terbaik sepanjang penganjuran Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan anjuran RTM. kumpulan Titih Pusaka, Uitm Shah Alam telah dinobatkan sebagai johan pertandingan pada kali dan telah berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM 20, 000.00, trofi beserta sijil manakala naib johan pula dimenangi oleh Kumpulan Sri Gedombak yang telah berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM15, 000, trofi dan sijil. Tok Joro terbaik pula dimenangi oleh Amar @ Ahmad Abdullah dari kumpulan Titih Pusaka Uitm Shah Alam yang berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM3000, trofi serta sijil manakala Tukang Karut Terbaik pula dimenangi oleh Mohd Muslih Aling dari kumpulan Seri Gedombak, Pasir Puteh, Kelantan dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3000, trofi serta sijil. Persembahan Terbaik pula dimenangi oleh kumpulan Titih Pusaka, UiTM, Shah Alam dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3000.Tahniah diucapkan kepada para pemenang!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN: Suaramuda tidak bertanggungjawab langsung terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
  • Facebook
  • Twitter

Search Site

 
  • Rebana Ibu

    Alat-alat dikir barat

  • Rebana Anak

    Kesi

  • Gong

    Tamborin

  • Canang

    Marakas