javascript:void(0)
PERHATIAN!!! SILA DAPATKAN VCD ATAU CD YANG ORIGINAL!!! BLOG YANG MENGANDUNGI BERITA TENTANG DIKIR BARAT, VIDEO KLIP DIKIR BARAT DAN JUGA LAGU-LAGU DIKIR BARAT

Tuesday, November 6, 2007

Universiti Malaya

Posted by Suaramuda on 4:13 PM

Universiti Malaya adalah universiti yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Universiti ini terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Kampus Universiti Malaya (UM) meliputi kawasan seluas 309 hektar.

Sejarah universiti ini boleh dikesan ke Singapura, dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (ditubuhkan pada 1929). Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949. Kemudian pada tahun 1959, universiti ini mengambil keputusan berpecah kepada dua bahagian, satu di Singapura (kemudiannya menjadi Universiti Nasional Singapura) dan satu lagi di Kuala Lumpur (mengekalkan nama Universiti Malaya). Maka secara rasminya Universiti Malaya yang sekarang ini ditubuhkan pada 1 Januari 1962. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Canselor pertama Universiti Malaya

Terdapat 2 akademi di UM, 12 fakulti dan 4 institut. UM juga mempunyai 11 buah kolej di dalam kampus iaitu Kolej Kediaman Pertama hingga Kolej Kediaman Kelapan, dan Kolej Kediaman Kesepuluh hingga Kolej Kediaman Keduabelas. Manakala di luar kampus terdapat 4 kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman Kesembilan, Yayasan Pelajaran Mara, Kolej Kediaman Seksyen 17 dan Kolej Kediaman Pantai Puteri. UM juga mempunyai sebuah hospital iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Moto Universiti Malaya adalah "Ilmu Punca Kemajuan".

Pada 16 Jun 2005, Universiti Malaya akan mengadakan Majlis Pelancaran 100 Tahun Unversiti Malaya yang mana akan menyaksikan Universiti Malaya mengekalkan kedudukan sebagai universiti yang terulung di Malaysia dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Tarikh 16 Jun dipilih sebagai tarikh untuk melangsungkan Majlis Pelancaran Sambutan 100 Tahun Universiti Malaya kerana pada tarikh yang sama 100 tahun yang lalu, Pentadbiran Inggeris telah meluluskan rang undang-undang Sekolah Perubatan bagi Negeri-negeri Selat. Bertitik tolak dari itulah tertubuhnya King Edward Medical College di Singapura sehingga ianya digabungkan dengan Kolej Raffles seterusnya menjadi warisan kepada tertubuhnya Universiti Malaya dan Universiti Nasional Singapura.


Naib-naib Canselor....
Professor A. Oppenheim (1956 - 1965)
Dr. JHE. Griffiths (1967 - 1968)
Professor Diraja Dr. Ungku A.Aziz (1968 - 1988)
Professor Dr. Syed Hussein Alatas (1988 - 1991)
Professor Emeritus Datuk Dr. Taib Osman (1991 - 1994)
Allahyarham Tan Sri Abdullah Sanusi Ahmad (1994 - 2000)
Professor Dato' Dr. Anuar Zaini Md Zain ( 2000 - 2003 )
Professor Datuk Dr. Hashim Yaacob (2003 - 2006)
Datuk Rafiah Salim (2006 - kini )


Alumni Tokoh-tokoh Terbilang
YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Datuk Seri Anwar Ibrahim
YB Datuk Azalina Othman Said
Datuk Seri Rafidah Aziz
YAB Datuk Abdul Ghani Othman
YAB Datuk Seri Mohd Khir Toyo
YAB Datuk Seri Adnan Yakoob
YAB Datuk Seri Isa Samad
YB Datuk seri Dr Chua Soi Lek
YB Tan Sri Muhiyiddin Mohd Yassin

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN: Suaramuda tidak bertanggungjawab langsung terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
  • Facebook
  • Twitter

Search Site

 
  • Rebana Ibu

    Alat-alat dikir barat

  • Rebana Anak

    Kesi

  • Gong

    Tamborin

  • Canang

    Marakas