javascript:void(0)
PERHATIAN!!! SILA DAPATKAN VCD ATAU CD YANG ORIGINAL!!! BLOG YANG MENGANDUNGI BERITA TENTANG DIKIR BARAT, VIDEO KLIP DIKIR BARAT DAN JUGA LAGU-LAGU DIKIR BARAT

Wednesday, July 13, 2011

Qua (Aqwa) menaruh harapan

Posted by Suaramuda on 10:38 AM

http://thumbnails.truveo.com/0020/14/2B/142BD884473BF75095E498_Large.jpg

SEBELUM dilamar syarikat rakaman NSR, penyanyi baru, Mohd Aqwa Anwari Abdul Rahman, 18, atau Qua Anwary lebih dulu aktif menyanyi lagu dikir barat di kampung halamannya, Kota Bharu, Kelantan.

Sehinggakan penyanyi bersuara lantang itu sempat merakamkan empat album dikir barat bersama syarikat rakaman Hamifiniza.

Pelbagai pertandingan menyanyi dan karaoke disertai pemuda tinggi lampai ini untuk merealisasikan impiannya dalam bidang nyanyian.

Minat menyanyi sejak kanak-kanak mendorong Qua yang kini berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai atendan kesihatan menerima lamaran NSR sebagai artis rakaman mereka sejak Julai lalu.


Menyedari dirinya sebagai pendatang baru dalam dunia seni suara, dia berasa bertuah kerana diberi kepercayaan dan peluang menjadi artis NSR.


Semuanya bermula beberapa tahun lalu apabila saudaranya, Ahmad Sairi Haslan atau Hairy Khalifah yang juga komposer dan pemuzik, menyarankan Qua mencuba nasib dengan menghantar demo kepada syarikat rakaman berkenaan.

“Saya dan Hairy sudah lama berkerjasama. Dia antara individu yang banyak mengajar saya mengenai dunia seni. Saya juga pernah menghasilkan beberapa lagu bersamanya. Dengan galakannya, saya mencuba nasib untuk menjadi artis rakaman.

“Mungkin ini rezeki saya. Memandangkan usia saya masih muda, mungkin ini adalah peluang untuk saya melebarkan sayap dalam bidang seni. Memang saya meletakkan sasaran untuk pergi lebih jauh dalam nyanyian,” katanya.

Mengikut trend semasa, Qua bakal tampil menerusi single terbaru berjudul Kekasihku ciptaan Comby serta lagu Cinta Robihah lirik ciptaan Zurien dan lagu oleh Comby.

Dia juga dimaklumkan syarikat pengurusan rakaman merancang menghasilkan album penuh dengan mempertaruhkan konsep balada.

Setakat ini, dia sudah mempunyai tiga lagu baru dan tujuh lagu lama, Menaruh Harapan yang dipopularkan Zaiton Sameon, Senyumlah Kuala Lumpur (Alleycats), Tak Ku Sangka Tak Ku Duga (Apit), Tiada Lagi (Amy Search), Patahnya Sayap Malam (Masa) dan Dilema Rindu (Dynamik).

Menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan beberapa penyanyi popular tanah air adalah sebahagian daripada strategi syarikat selain melihat sambutan daripada peminat muzik tanah air terhadap lagu malar segar.

“Saya pernah menyanyikan lagu Menaruh Harapan (Zaiton Sameon). Tidak sukar menyesuaikan diri menyanyi

lagu ini. Memang ada beberapa rangkap yang sukar untuk dinyanyikan terutama ketika korus.

“Ini juga satu penghormatan buat saya sebagai penyanyi baru kerana diberi peluang merakamkan semula lagu yang dipopularkan idola saya.

“Ini juga strategi syarikat rakaman kerana tidak semua lagu baru yang dirakamkan mampu menambat hati pendengar.

Selain lirik yang kuat dan melodi yang mudah menangkap telinga, kekuatan sebuah lagu juga bergantung kepada promosi dan sering disiarkan di radio supaya pendengar mengetahui akan lagu dan penyanyi yang menyanyikan lagu itu,” katanya.

Berkebolehan bermain alat muzik seperti gitar dan dram, Qua mengakui minat dalam bidang muzik tidak hanya membabitkan nyanyian, malah turut mencuba bakat dalam menghasilkan lirik. Dia juga menyimpan impian melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik pada masa akan datang.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN: Suaramuda tidak bertanggungjawab langsung terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
  • Facebook
  • Twitter

Search Site

 
  • Rebana Ibu

    Alat-alat dikir barat

  • Rebana Anak

    Kesi

  • Gong

    Tamborin

  • Canang

    Marakas